30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mubarak Majid Terkilan Tak Sempat Lawat Dharma Harun Semasa Sakit – ‘Itu Kekesalan Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon veteran tanah air, Mubarak Majid meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan melawat arwah seniman popular 80-an, Dharma Harun semasa sakit sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Finas Sedia Hulur Bantuan, Bantu Anak-Anak Arwah Dharma Harun Lengkapkan Pembelajaran Di Aswara

    Artikel Berkaitan: Dharma Harun Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

    Rasa terkilan

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohamad Mubarak Abdul Majid, 69, berkata situasi tersebut membuatkannya berasa ralat.

    Saya tidak sempat nak melawat dia. Itu kekesalan saya.

    Saya tahu dia sakit dan kemudian ada dapat tawaran untuk berlakon semula.

    Saya cuma fikir kesihatan dia semakin baik tapi tiba-tiba sekarang dapat berita dia sudah tiada.

    Mubarak berkata demikian ketika ditemui di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Kuala Lumpur untuk mandian jenazah arwah.

    MENARIK:  Sibuk Dengan Karier, Ben Amir Belum Jumpa Pasangan Hidup – ‘Kalau Boleh Nak Yang Suka Travel Macam Saya’

    Ketika ditanya mengenai keperibadian arwah, pelakon drama Cukup Derita Itu menyifatkan Dharma memiliki sifat murni dan baik hati.

    Dia seorang yang sangat baik dan tidak suka membazirkan masa.

    Arwah juga orang yang sangat menepati masa. Kalau berjanji, memang dia akan datang tepat pada waktunya.

    Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita kematian Dharma yang berusia 68 tahun.

    The post Mubarak Majid Terkilan Tak Sempat Lawat Dharma Harun Semasa Sakit – ‘Itu Kekesalan Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah