29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Haneesya Dedah Sering Ditolak Setiap Kali Casting, Terkesan Kontroversi Lama Masih Diungkit – ‘Saya Bukan Sempurna’

    Shopee Sale

    Pelakon Sharifah Haneesya mengakui pernah beberapa kali ditolak ketika menghadiri sesi uji bakat (casting) disebabkan kontroversi yang pernah mengaitkan namanya sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: Isu Bayaran RM18K Masih Belum Selesai, Sharifah Haneesya Tetap Teruskan Kes – ‘Bagi Saya Ini Soal Prinsip’

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Orang Kenal Saya Jahat, Liar..Buat Dosa & Confirm Masuk Neraka’ – Haneesya Buka Buku Baru, Pilih Guna Nama Asal

    Kesan mendalam

    Ketika ditemui , Haneesya, 25, mengakui pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya memberi kesan yang cukup mendalam, hingga pernah terlintas di fikiran untuk meninggalkan dunia seni.

    Sedih lah. Orang tidak tahu betapa susahnya saya nak sampai ke tahap sekarang.

    Saya dah pergi banyak casting tapi banyak kali ditolak.

    Pernah sampai rasa nak putus asa, rasa nak jadi pramugari atau kahwin walaupun tiada teman lelaki. Sebab macam penat sangat nak buktikan diri.

    Malah pelakon drama Dia Imamku itu turut mengakui dirinya bukanlah insan yang sempurna, namun berharap masyarakat tidak terus menghukumnya atas kesilapan lalu.

    Saya tahu saya bukan sempurna, tapi tidak adil bila setiap perkara orang nak kaitkan dengan satu kesalahan lama saya.

    Dosa saya bukan hanya satu, tapi janganlah hukum saya sepanjang hidup dengan perkara yang dah lama berlalu.

    Sebelum ini, pada tahun 2018 nama Haneesya menjadi perhatian selepas tular sebuah video memperlihatkan dia bersama rakan-rakan di sebuah kelab malam.

    MENARIK:  DJ Sonic Lalui Titik Terendah, Alami Anxiety & Kemurungan Selepas Kehilangan Ayah

    Kesan daripada kejadian tersebut amat besar apabila gelaran Juara Dewi Remaja yang disandangnya ketika itu telah ditarik semula selain beberapa tawaran lakonan turut dibatalkan oleh pihak produksi.

    The post Sharifah Haneesya Dedah Sering Ditolak Setiap Kali Casting, Terkesan Kontroversi Lama Masih Diungkit – ‘Saya Bukan Sempurna’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah