31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Aleya Tak Setuju Isteri Maafkan Suami Terlanjur Dengan Wanita Lain – ‘Sakit Takkan Hilang’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya tidak bersetuju dengan pendapat seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada seorang isteri wajar memaafkan suami yang pernah berlaku curang hingga terlanjur dengan wanita lain.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Aleya Sah Bercerai Selepas 13 Tahun Mendirikan Rumah Tangga – ‘Saya & Anak-Anak Dalam Keadaan Baik’

    Pilih hidup lebih baik

    Menerusi respon balas di Threads, Aleya menegaskan bahawa luka akibat pengkhianatan sebegitu bukan sesuatu yang mudah untuk dipadam.

    Jangan… sakitnya tidak akan hilang. Tidak akan.

    Terdahulu, seorang wanita mencetuskan perbincangan dalam kalangan wargamaya apabila bertanyakan sama ada dia perlu terus bertahan atau memaafkan suaminya yang telah curang sehingga berlaku hubungan terlarang.

    Bila suami dah curang sampai tahap terlanjur, patut bertahan dengan dia? Maafkan dia dan teruskan hidup bersama… patut ke?

    Tidak hanya berhenti di situ, Aleya turut membalas beberapa komen daripada netizen yang memilih untuk memaafkan pasangan masing-masing.

    Menurutnya, wanita yang pernah melalui pengalaman disakiti sebegitu wajar mempertimbangkan untuk memilih diri sendiri dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

    Sayang, saya cakap ini dengan penuh kasih sayang dan hormat… lupakan sahaja dia. Awak terlalu cantik.

    Sifat ‘gila’ itu boleh berubah, tetapi hanya jika dia sendiri mahu berubah. Sekarang adalah masa untuk awak jalani hidup, insya-Allah.

    Cukuplah Allah, keluarga terdekat, insan pilihan dalam hidup dan diri sendiri. Itu sahaja sudah memadai.

    Terdahulu, pada Februari lalu, Aleya mengumumkan dirinya sudah sah bercerai dengan suami, Mohammed Azam Abdullah. Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mahupun punca perpisahan tersebut.

    MENARIK:  Fara Salleh Dakwa Shuk & ‘Family’ Abaikan Panggilan Telefon Mahkamah – ‘Jahatnya Keluarga Ini’

    Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    Sebelum itu, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 sebelum bercerai pada Februari 2012, hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak kembar.

    Sumber: Threads

    The post Sharifah Aleya Tak Setuju Isteri Maafkan Suami Terlanjur Dengan Wanita Lain – ‘Sakit Takkan Hilang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah