30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin, Berdiam Diri Tak Buka Pekung Fazura – ‘Suatu Hari Kebenaran Akan Muncul’

    Shopee Sale



    Shamsul Ghau Ghau

    Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan Fattah Amin yang mengambil pendekatan mengunci mulut tanpa mendedahkan aib bekas isteri, Nur Fazura kepada umum selepas mereka sah bercerai.

    ‘Berdiam tak bermakna kalah’

    Shamsul Ghau Ghau

    Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Alidin, 57, berkata, dia menyokong tindakan Fattah yang menyimpan rahsia bekas isteri meskipun berdiam diri tidak bermaksud kalah dan salah.

    Saya pun tak sebelahi mana-mana, itu hal keluarga dia. Tetapi sebagai lelaki, dalam rumah tangga ini, kalau wanita sedang bercakap, biar dia bercakap dahulu.

    Kalau dua dua nak bercakap, ia akan jadi kecoh.  Selepas isteri habis bercakap, barulah kita berikan penjelasan kita pula.

    Tak mengapa, suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Berdiam diri sekarang tidak bermakna kita kalah, kita salah.

    Shamsul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Rabu.

    Berbalah tidak baik

    Selain itu, kata Shamsul, sekiranya kedua-dua pihak saling membalas kenyataan, perkara itu tidak langsung mendatangkan manfaat. Sebaliknya mengundang kecaman serta tohmahan netizen.

    MENARIK:  Kebahagiaan Puteri Sarah Digugat oleh Penyondol Kejam - Patimah Ismail

    Terdahulu, selepas Fazura disahkan bercerai talak satu, aktres itu secara terbuka mendedahkan sebab dia memfailkan perceraian kerana Fattah berlaku curang.

    Tidak hanya itu, Fazura juga mendakwa Fattah culas membayar nafkah selain tiada lagi persefahaman antara mereka.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah