33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anim Ezati Kongsi Pandangan Mengenai Rawatan Alternatif – ‘Jika Itu Ikhtiar Untuk Sembuh, Mengapa Tidak?’

    Shopee Sale

    Pengacara, Anim Ezati berkongsi pandangan mengenai segelintir masyarakat yang masih kurang yakin dengan rawatan perubatan moden berbanding rawatan alternatif.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Malu Nak Mengaku? Lebih Bagus Buat Bariatrik Daripada Makan Ubat Kurus’ – Anim Ezati

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anim Ezati Dakwa Bekas Suami ‘Brainwash’ Anak – ‘Dia Sampai Takut Nak Baik Dengan Ayah Tiri Dia’

    Tidak menghalang

    Ketika ditemui , Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid mendedahkan dia pernah bertanyakan doktor pakar mengenai penerimaan mereka terhadap rawatan alternatif.

    Menurutnya, doktor menjelaskan bahawa keutamaan mereka adalah memastikan pesakit kembali sihat selagi kaedah yang dipilih tidak mendatangkan kemudaratan.

    Ketika menemubual doktor pakar, saya pernah bertanya pandangan mereka mengenai pesakit yang memilih rawatan alternatif untuk kembali sihat. Doktor menjelaskan bahawa keutamaan mereka adalah memastikan pesakit sembuh.

    Jika pesakit ingin mencuba kaedah lain seperti akupunktur, terapeutik atau restructure badan sebagai ikhtiar, doktor tidak menghalang selagi ia boleh membantu kesihatan mereka.

    Anim berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media perasmian program Helo Doktor Tour by MHTC di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur.

    Dalam pada itu, pengacara Helo Doktor ini menjelaskan bahawa rawatan alternatif semakin diterima menerusi konsep wellness yang turut merangkumi pelbagai kaedah penjagaan kesihatan.

    Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara perubatan Barat dengan masyarakat lain dari segi rawatan, perkara paling menarik ialah sekarang ini di bawah konsep wellness, mereka juga menerima pendekatan kesihatan yang berbeza.

    Contohnya, seperti terapi urutan (massage), yang kini turut diterima sebagai sebahagian daripada wellness.

    Berkongsi lanjut, Anim menjelaskan bahawa pesakit tidak seharusnya bergantung kepada ubat-ubatan atau prosedur pembedahan semata-mata.

    MENARIK:  [VIDEO] Fila & Adama Beli Rumah Pertama, Tak Suka Isteri Dipandang Rendah – ‘Dia Komited & Ketepikan Diri Sendiri Demi Saya’

    Sebaliknya, mereka juga boleh mencuba kaedah alternatif lain sebagai ikhtiar untuk kembali sihat selagi tidak memudaratkan.

    Kalau objektifnya adalah untuk memberikan kesihatan kepada mereka yang sakit dan sedang berusaha, walaupun bukan melalui melalui pengambilan ubat-ubatan atau prosedur pembedahan, tidak akan ada satu kekangan.

    Saya pernah tertanya-tanya sama ada doktor tidak bersetuju dengan kaedah lain, tetapi dalam era moden sekarang, kita masih boleh menerima pelbagai pendekatan untuk membantu kesihatan pesakit.

    Kalau itu satu ikhtiar dan cara untuk sembuh, mengapa tidak, selagi tidak memudaratkan?

    Terbaharu, Anim bakal menggalas tugas sebagai pengacara Helo Doktor Tour by MHTC yang akan memulakan jelajahnya di Publika, Kuala Lumpur pada November 2026.

    Program itu kemudiannya akan diteruskan setiap suku tahun sepanjang 2027 di beberapa lokasi seluruh negara bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan menerusi tema ‘Healing Meets Hospitality’.

    The post [VIDEO] Anim Ezati Kongsi Pandangan Mengenai Rawatan Alternatif – ‘Jika Itu Ikhtiar Untuk Sembuh, Mengapa Tidak?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah