30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Langkah & Keputusan, Semua Demi Anak-Anak’ – Dr Afifah

    Shopee Sale

    Sebagai seorang ibu, isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, akan sentiasa mengutamakan anak-anak dalam semua keputusan yang diambil untuk kebahagiaan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan

    Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Tegur Pasangan Suami Isteri Jangan Dedah Aib, Dr Afifah Respon – ‘Baik, Tok Abah’

    Demi anak-anak

    Menerusi perkongsian terkini di laman Threads, Afifah dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama anak-anak.

    Namun, paling menyentuh hati adalah coretan ringkas yang ditulis Afifah menggambarkan betapa besar pengorbanan dan cinta yang dicurahkan demi ketiga-tiga cahaya matanya itu.

    Saya membesarkan mereka dengan kasih setulusnya, menjadi pelindung dengan sabar, menitip doa saban waktu, demi masa depan yang indah.

    Setiap langkah, setiap keputusan, semua demi mereka.

    Doa netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat untuk Afifah agar tabah menghadapi ujian yang menimpanya.

    Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar dia dan Nubhan dapat menyelesaikan isu hak penjagaan anak dengan baik selepas penyanyi itu memfailkannya pada pagi Rabu.

    MENARIK:  Hamil Anak Kedua, Tyra Kamaruzzaman Bidas Dakwaan ‘Poor Spacing’ – ‘Saya Tahu Kemampuan Diri Saya’

    Untuk info, media melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. 

    Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama. 

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    Sumber: Threads Dr Afifah

    The post ‘Setiap Langkah & Keputusan, Semua Demi Anak-Anak’ – Dr Afifah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah