Pelakon, Datin Atikah Suhaime memilih untuk memanjakan diri dengan membeli emas sebagai ganjaran setiap kali selesai melakukan senaman berat berbanding menikmati pencuci mulut manis seperti kebiasaan orang lain.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’
Suka barang kemas

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkata pada masa kini, minatnya lebih cenderung kepada barangan kemas.
Saya hadiahkan diri dengan gelang emas setiap kali berjaya melakukan senaman berat.
Daripada memuaskan diri dengan pencuci mulut manis, saya pilih untuk membeli emas sebagai ganjaran.
Nanti saya bukan sahaja kurus, tapi kurus dengan bergaya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memaklumkan selain emas, dia juga membeli sepasang anting-anting.
Saya pun beli sepasang anting-anting. Perangai saya dah seakan-akan orang berusia, sangat minat dengan barang kemas.
Terdahulu, Atikah sering berkongsi rutin senaman hariannya selepas melahirkan anak pertamanya, Lyla Mulan Teh.
Sumber: Instagram
The post ‘Setiap Kali Berjaya Lakukan Senaman Berat, Saya Hadiahkan Diri Sendiri Dengan Emas’ – Atikah Suhaime first appeared on OHBULAN!.





