Pelakon, Amyza Aznan menjelaskan tidak pernah mengambil hati dengan komentar yang diterima berkenaan selendang terakhir yang dipakai ketika pemergian anak sulungnya, Andre Mikahail.
Artikel Berkaitan: ‘Sekali Lagi Pada Bulan Ramadan, Anak Saya Adrian Adam Disahkan Menghidap Kanser Tulang’ – Amyza Aznan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Kenang Momen Temani Amyza Aznan Di Bilik Bersalin Lahirkan Anak Sulung – ‘Nama Andre Saya Yang Bagi’
Ambil berat

Ketika ditemui , Amyza menyifatkan setiap komen yang diterimanya sebagai salah satu cara orang ramai menunjukkan rasa prihatin dan mengambil berat terhadap dirinya.
Saya setiap kali baca komen, saya selalu anggap positif sahaja. Saya tidak fikir dalam nada yang lain. Bila saya kongsi di Instagram tempoh hari, sebenarnya ramai yang ada persoalan yang sama.
Jadi bagi saya mereka sebenarnya ambil berat. Saya tiada masalah dengan perkara itu.
Kata Amyza, setiap pertanyaan yang diterimanya memberi peluang untuk dia berkongsi kisah sebenar di sebalik apa yang berlaku, terutamanya mengenai selendang yang sebelum ini menyorot perhatian ramai.
Saya tidak rasa pertanyaan itu sebagai sesuatu yang toksik. Tidak mengapa, saya anggap ia perkara yang baik. Bagi saya soalan individu tersebut bagus sebab sekurang-kurangnya saya boleh kongsi cerita sebenar.
Itu adalah shawl terakhir yang saya pakai ketika bersama arwah. Dari hospital sehinggalah ke liang lahad. Jadi shawl itu ada momen sentimental antara saya dan dia.
Saya tidak kisah mereka nak tanya apa-apa soalan, cuma jangan tanya pasal anak.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Batik Zakiah itu turut menzahirkan rasa syukur terhadap pihak media yang sentiasa berkongsi tentang perkembangan diri dan keluarganya.
Mereka datang sahaja. Alhamdulillah sebenarnya walaupun kamu (media) kena kecam sebab orang kata asyik keluarkan cerita pasal saya.
Tapi apa yang orang tak nampak, bila media kongsi cerita itu secara tidak langsung ramai yang datang menziarah tanpa mengganggu saya.
Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Untuk mereka yang nak anggap negatif itu terpulang, tapi saya nampak banyak perkara yang positif.
Terdahulu, Amyza menarik perhatian kerana sering mengenakan selendang yang sama ketika menziarahi pusara Andre dan difahamkan ia adalah tudung terakhir yang dikenakan semasa anaknya menghembuskan nafas terakhir.
Sebelum ini, Andre dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.
The post ‘Setiap Kali Baca Komen, Saya Anggap Positif & Tak Rasa Pertanyaan Itu Toksik’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.





