28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seniman Sarah Yasmine Menyeru Artis Malaysia Berhenti Merosakkan Imej! Tindakan Dilaporkan kepada Polis & SKMM

    Shopee Sale



    Seniman

    Persatuan Seniman Malaysia menggesa wanita bernama Sarah Yasmine untuk menghentikan segala isu yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.

    Sarah Yasmine harus berhenti!

    Seniman

    Menerusi satu kenyataan rasmi, Seniman menyatakan perkara yang melibatkan Aliff dan Ruhainies sedang disiasat oleh pihak berkuasa dan meminta semua pihak hormati proses tersebut.

    Seniman beranggapan isu yang dibangkitkan oleh Sarah Yasmine adalah isu peribadi. Justeru, Seniman menggesa supaya perkara ini diselesaikan secara tertutup bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu lain.

    Seniman turut mengingatkan agar wanita asal Singapura itu untuk menghentikan apa jua tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej artis Malaysia.

    Selain itu, Seniman juga berharap isu rumah tangga antara Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah dapat diselesaikan secara dalaman tanpa melibatkan mana-mana pihak yang tiada kaitan untuk mencampuri urusan mereka sekaligus boleh menjejaskan proses tersebut.

    MENARIK:  ‘Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik? Hujung-Hujung Dah Iman Ini’ – Kilafairy

    Seniman juga menggesa agar pihak-pihak yang nama mereka terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.

    Akhir sekali, Seniman mengingatkan semua pihak agar tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera segala perbalahan, kontroversi, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah