29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sempat Ucap ‘Good Luck’ Sebelum Menyerang Faisal Halim dengan Asid

    Shopee Sale



    Semalam kita dikejutkan dengan berita pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli belah yang terletak di sekitar Kota Damansara.

    Pelaku sempat ucap ‘good luck’

    Terbaharu, difahamkan perbuatan khianat itu dilakukan oleh dua orang individu tidak bertanggungjawab dengan menaiki motosikal.

    Memetik laporan Stadium Astro, Faisal sedang membawa ahli keluarganya di pusat beli belah tersebut sebelum dihampiri oleh dua individu terbabit.

    Difahamkan, dua individu tersebut sempat mengucapkan ‘good luck’ kepada Faisal sebelum menyimbah cecair kimia tersebut kepada pemain pasukan Selangor FC itu.

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan hasil penelitian rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran yang dilakukan pihaknya mendapati nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.

    Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis dan Faisal sedang mendapatkan rawatan segera di sebuah hospital di Damansara.

    MENARIK:  Ryan Bakery Terima Banyak Gambar Wanita Tidak Senonoh, Syukur Tak Mudah Tergoda – ‘Saya Lihat Diri Di Cermin, Tak Lah Helok Mana’

    Sekadar info, kejadian khianat ini merupakan kejadian yang kedua melibatkan pemain bola sepak kebangsaan.

    Terdahulu, pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dipinjam ke pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid cedera di bahagian kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya yang terletak Icon Residence, Kuala Terengganu pada 3 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah