29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selesai Beraya? Sebelum Balik, Tolong Kemas Semula Rumah Mak Kalian’ – Alha Alfa

    Shopee Sale

    Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa menitipkan pesanan kepada orang ramai, khususnya yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri agar menjaga kebersihan dan menghargai pengorbanan ibu bapa sebelum kembali ke rumah masing-masing.

    Artikel Berkaitan: Alha Alfa Dedah Terima Mesej Mohon Bantuan, Titip Pesanan Agar Ikut Kemampuan – ‘Saya Dari Keluarga Susah Juga’

    Kemas rumah mak ayah

    Menerusi hantaran di Threads, Alha mengingatkan agar setiap individu memainkan peranan dalam memastikan rumah keluarga sentiasa dalam keadaan teratur selepas selesai beraya.

    Nak pesan sikit kepada diri sendiri dan korang semua, dah selesai raya? Mahu balik rumah masing-masing dari kampung?

    Sebelum balik, tolong kemas semula rumah mak kalian. Yang menumpang rumah nenek, kemas balik macam keadaan asal.

    Yang ada anak kecil, buang lampin itu. Tolong pergi buang dalam tong sampah. Dekat dapur, tolong ‘top up’ semula beras, gula, susu, telur dan lain-lain.

    Kasihan mak ayah nenek kita semua. Daripada mereka gembira, tiba-tiba nanti stres kena mengemas dan barang dapur habis. Hati-hati memandu pulang.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian apabila rata-rata wargamaya bersetuju dengan pesanan berkenaan dan menganggapnya sebagai peringatan penting yang sering dipandang remeh.

    MENARIK:  Mira Filzah Tak Melatah Nama Tersenarai – ‘Siapa Dah Lama Follow Mesti Tahu Apa Yang Saya Repost’

    Pesanan tersebut sekali gus menjadi peringatan agar setiap individu lebih peka dan bertanggungjawab, bukan sahaja ketika menikmati kemeriahan raya, tetapi juga dalam menjaga adab dan menghargai orang tua.

    Sumber: Threads

    The post ‘Selesai Beraya? Sebelum Balik, Tolong Kemas Semula Rumah Mak Kalian’ – Alha Alfa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah