28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ika Nabella Sokong Suami Perlu Beri ‘Upah’ Menyusu Anak Kepada Isteri – ‘Rezeki Suami Juga Dapat Pahala’

    Shopee Sale



    Ika Nabella

    Pelakon, Ika Nabella menyokong kenyataan dibuat seorang kaunselor apabila mengatakan golongan isteri berhak meminta upah daripada suami selepas menyusukan anak.

    Upah susu anak

    Ika Nabella

    Menerusi ciapan di Threads, Ika, 35, berpendapat perkara itu tidak salah kerana percaya pasangan suami isteri di luar sana memahami tugas menyusukan anak bukan kerja yang mudah, malah menuntut masa, tenaga, mental serta fizikal seorang insan bergelar ibu.

    Jika awak (suami) tidak mahu memberi apa-apa bentuk upah kepada isteri, itu terserah kepada awak.

    Menyusu badan bukan perkara yang remeh, hal itu tidak hanya seperti kerja 9 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat), tetapi setiap masa dan menuntut fizikal serta mental.

    Ada isteri yang tak sampai hati nak maklumkan kepada pasangan (suami) bab ini, pada saya kalau isteri sayang suami bagitahu sahaja. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

    Mana tahu rezeki awak kaum isteri dapat upah dan rezeki suami juga dapat pahala.

    Ika memberi respon itu selepas seorang kaunselor bernama Nad Masrom memberi pandangan mengenai konteks upah menyusukan anak.

    MENARIK:  Patutlah Ramai Pilih Penyaman Udara Inverter Panasonic… Ini Rupanya Kelebihan Dia!

    Jenis upah

    Ika Nabella

    Kaunselor tersebut berkata, upah yang boleh diberikan tidak semestinya dalam bentuk wang, tetapi boleh juga dalam bentuk layanan, bantuan emosi dan sebagainya.

    Ramai tidak tahu, dalam Islam ibu yang menyusukan anak walaupun anak sendiri berhak dapat upah, apatah lagi jika menyusukan anak orang lain.

    Kepada suami yang mungkin kurang berkemampuan, bagaimana memberi upah dalam konteks ini?

    Bukan semata-mata wang ringgit, upah juga boleh berbentuk penghargaan, layanan penuh hormat, bantuan emosi dan fizikal, dan ruang untuk berehat serta pulih.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah