31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Hidup Mewah Seperti Yang Disangka’ – Azar Azmi Dedah Realiti Hidup Sebenar, Pernah Jual Durian & Cempedak

    Shopee Sale

    Pelakon Azar Azmi mendedahkan pernah berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupan diri dan keluarga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cemburu Tengok Pasangan Lain..Saya Lebih Kepada Menjaga Anak, Sebab Itu Saya Bertahan’ – Azar Azmi

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Bimbang Dengan Keadaan Rakan Artis Terlibat Scam – ‘Harap Ada Yang Boleh Selamatkan Dia’

    Azar Azmi pernah minta bantuan rakan artis

    Menerusi temubual eksklusif dalam Melodi, Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 37, tidak menafikan dakwaan pernah meminta pertolongan rakan artis untuk membeli keperluan anak-anak.

    Saya tak hidup semewah apa yang ditulis dalam headline, tapi orang tak percaya. Saya pernah berniaga jual durian, goreng cempadak dan sebagainya. 

    Bercerita lanjut, Azar menjelaskan bahawa kehidupannya tidak seperti yang digambarkan di media sosial atau laporan yang tular, sebaliknya dia melalui fasa sukar yang tidak diketahui umum.

    Kalau nak katakan tentang cerita yang tular itu, pihak berkuasa ambil saya, saya buat perkara itu, saya berpuas hati bila guna duit itu.

    Masalahnya, kehidupan yang saya hadap, dengan apa yang duit di headline itu tidak sama. Realitinya sangat berbeza.

    Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini mengakui kini dia lebih memberi fokus untuk membesarkan anak-anak dan cuba bangkit semula untuk kehidupan yang lebih baik.

    Bila perkara sudah jadi macam ini, entahlah. Saya rasa saya tidak boleh fikir tentang orang lain. Saya nak kena membesarkan anak-anak.

    Doakan saya terus kuat. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong. Saya sedang cuba bangkit semula walaupun terpaksa bermula dari bawah.

    Terdahulu, Azar dibebaskan tanpa syarat bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran yang membabitkan kerugian RM1.5 juta.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Lagu APT Zina Telinga, Lirik Ajak Pergaulan Bebas’ – Ustaz Adnin

    Video

    Sumber: Youtube TV3 Malaysia

    The post ‘Saya Tak Hidup Mewah Seperti Yang Disangka’ – Azar Azmi Dedah Realiti Hidup Sebenar, Pernah Jual Durian & Cempedak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah