Pelakon Ezzanie Jasny menegaskan dirinya tidak pernah menjalani sebarang pembedahan kosmetik untuk mengubah bentuk wajah.
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny Nafi ‘Operate’ Muka Untuk Tampil Lebih Cantik – ‘Rejuran Treatment Tu Adalah, Tak Baik Fitnah’
Artikel Berkaitan: Ezzanie Jasny & Noki Dah Tak Rapat, Bawa Haluan Masing-Masing
Rawatan kecantikan sahaja

Menurut Ezzanie, perubahan pada wajahnya adalah hasil daripada gaya hidup sihat yang diamalkannya, termasuk usaha menurunkan berat badan sehingga kini mencapai 58 kilogram (kg).
Tambah bintang drama Sayang Tak Dikenang itu lagi, sama seperti wanita lain, dia turut menjalani rawatan kecantikan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
Saya tak buat muka. Saya hanya melakukan rawatan wajah sahaja. Saya mementingkan kesihatan wajah dan badan.
Ketika penggambaran drama Layang-Layang Perkahwinan, kalau peminat perasan penampilan saya agak berisi dan sedikit tembam.
Sebelum ini, saya 58 kilogram dan sekarang berat saya 51 kilogram. Kalau dulu wajah saya memang nampak tembam di skrin. Jadi, saya ambil inisiatif untuk kurangkan berat badan.
Waktu pagi saya ambil meal replacement, tengah hari saya elak nasi dan hanya makan lauk serta tak minum minuman bergula. Saya juga kawal pengambilan kalori.
Bangga dengan kulit sawo matang

Kata aktres berumur 25 tahun itu, dia sama sekali tidak terkesan dengan dakwaan yang sama sekali tidak benar.
Bila ada yang mendakwa saya buat muka, saya tak terkesan. Saya hanya buat rawatan kecantikan seperti rejuran dan skin booster.
Kalau rawatan itu, saya memang mengaku. Tapi bukan pembedahan ubah wajah atau buat muka.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nur Ezzanie Sherazade Jasny ini turut menekankan bahawa dia tidak pernah terdesak untuk memiliki kulit putih, sebaliknya berasa bangga dengan kulit sawo matang yang dimilikinya.
Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang. Saya bangga dengan warna kulit saya yang sawo matang. Tak perlu putih untuk nampak cantik.
Ezzanie berkata demikian ketika majlis pelancaran kempen ‘Still Me With More’ oleh BMF The Aesthetics People dan Svenson yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kempen ‘Still Me With More’ diwujudkan khusus untuk masyarakat Malaysia masa kini iaitu individu yang mengimbangi kerjaya, keluarga dan tuntutan sosial sambil mencari ketenangan jiwa.
Sebagai duta BMF sejak Jun 2025, Ezzanie turut berkongsi pandangannya tentang bagaimana tekanan media sosial boleh mempengaruhi keyakinan diri, namun dia memilih untuk kekal autentik dan bersyukur dengan dirinya sendiri.
Kini kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri.
Sesi perbualan tersebut turut menampilkan Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya dan kaunselor bertauliah yang berkongsi kepentingan menjaga kesihatan mental dalam era digital.
Di samping itu, Datuk Fazley Yaakob iaitu duta Svenson juga berkongsi keseimbangan hidupnya sebagai cef, bapa dan usahawan di bawah falsafah ‘Reset, Recharge, Recover.’
The post ‘Saya Tak Buat Muka’ – Ezzanie Jasny Bangga Kulit Sawo Matang, Turunkan Berat Badan Sampai 51kg first appeared on OHBULAN!.





