29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Rasa Macam Hilang Diri’ – Yuna Rahim

    Shopee Sale

    Pelakon, Yuna Rahim mendedahkan mengalami anxiety dan overthinking apabila kembali semula ke set penggambaraan selepas berehat selama dua tahun kerana memberi fokus kepada anak.

    Artikel Berkaitan: ‘Bangun Tengah Malam Bukan Cabaran Sebab Ia Akan Datang Sekali Sahaja, Mereka Cepat Membesar’ – Yuna Rahim

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Seksi Sangat?’ – Netizen Tegur Cara Pemakaian Yuna Rahim

    Hilang diri

    Ketika ditemui , pemilik nama Shafiqah Husna Abdul Rahim merasakan dia seolah-olah kehilangan kemahiran berlakon berbanding dirinya yang sebelum ini sangat mahir menyampaikan sesuatu watak.

    Jujur cakap, saya rasa macam ‘hilang’ diri.

    Sebelum ini saya sudah terbiasa sibuk dengan kerja tetapi apabila masuk semula selepas melahirkan anak tidak dinafikan anxiety itu memang ada.

    Saya kerap overthink macam ‘betul ke lakonan saya ini?’. Berbanding dulu, saya tiada masalah untuk lakonkan sesuatu watak itu.

    Sekarang, saya rasa macam orang yang baru belajar dan selalu tertanya-tanya lakonan saya okay ke tidak.

    Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sesi media dan Meet & Greet bersama pelakon drama Viu Lambaian Huda dan Mitos Cinta Akira, pada petang Khamis.

    MENARIK:  Mahalini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Curang – ‘Sudah Tiga Jam Saya Minta Bukti Tapi Dia Tak Balas’

    Mengulas lanjut, Yuna berkata bagi mengatasi mengalami anxiety, dia akan mengelakkan mengambil minuman yang mengandungi kafein.

    Saya kena elak minum kopi. Sebab kopi memang akan ‘trigger’ anxiety.

    Kalau mahu elakkan anxiety, jangan lambat datang ke set penggambaraan. Selalu kena tepati masa.

    The post ‘Saya Rasa Macam Hilang Diri’ – Yuna Rahim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah