34.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Mohon Maaf, Tak Ada Niat Halang Mana-Mana Pihak Daripada Berkarya’ – Ajai

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan berkenaan konsert WE 4U2C Live in Concert, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ikut Peraturan, 4U2C Tidak Boleh Teruskan Konsert Sebab Master Adalah Man Senoi’ – Ajai

    Ajai mohon maaf

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, membuat permohonan maaf seandainya kenyataannya sebelum ini telah menyinggung mana-mana pihak.

    Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C. Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.

    Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat susulan tuntutan oleh penyanyi dan pengacara, Datuk AC Mizal, menerusi satu sidang media yang diadakan pada petang Rabu

    Dalam pada itu, pemain keyboard kumpulan Exists ini turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana artis untuk terus berkarya, malah sentiasa memberikan sokongan kepada anak seni yang ingin meneruskan perjuangan dalam industri.

    MENARIK:  ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin

    Dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

    Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.

    Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah.

    Sebelum ini, Datuk AC Mizal menerusi satu sidang media, meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Ajai yang mendakwa konsert 4U2C tidak boleh dianjurkan tanpa kebenaran pemilik lagu.

    Susulan itu, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 54, melalui peguamnya menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diambil.

    Kontroversi bermula apabila penerbit Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert, sedangkan mereka memegang hak cipta lagu-lagu kumpulan tersebut.

    Sumber: Instagram Ajai

    The post ‘Saya Mohon Maaf, Tak Ada Niat Halang Mana-Mana Pihak Daripada Berkarya’ – Ajai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah