Pelakon Nafiz Muaz tampil menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah dan menjelaskan hubungan bersama isteri masih dalam keadaan baik.
Artikel Berkaitan: Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian – ‘Dia Sendiri Yang Curang, Lepas Itu Acah Tersakiti’
Artikel Berkaitan: Mahu Elak Penyakit Ain, Nafiz Muaz Jarang ‘Post’ Gambar Dengan Isteri – ‘Isteri Saya Untuk Pandangan Saya Sahaja’
Nafi rumah tangga bergolak

Ketika ditemui , pemilik nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, menjelaskan bahawa hantaran pantun curang yang dimuat naik di TikTok sebelum ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu peribadi seperti yang dispekulasikan.
Tak ada kena-mengena dengan rumah tangga saya. Isteri saya pun tanya, saya buat pantun macam itu nanti orang ingat pasal kami.
Saya jawab, kalau tak betul, kenapa nak rasa macam itu. Ia cuma konten dan pengetahuan saya tentang pantun.
Menurut Nafiz, tujuan dia berkongsi pantun hanyalah untuk menghidupkan semula minat terhadap kesusasteraan Melayu serta mengajak orang ramai untuk berpantun.
Saya dulu belajar Kesusasteraan Melayu, jadi saya tahu basic susunan pantun. Mula-mula buat suka-suka saja, tak sangka ramai orang suka.
Alhamdulillah, sekarang ramai pula yang mula berpantun di ruangan komen.
Nafiz berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Doa Yang Terlindung yang akan disiarkan di Slot Akasa TV3.
Elak kongsi hal peribadi di media sosial

Berhubung dakwaan memadam gambar bersama isteri, pelakon drama Teratak Kasih Salina ini menegaskan dia memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial demi menjaga privasi keluarga.
Saya rasa benda tu tak perlu ditonjolkan. Rumah tangga bagi saya perkara peribadi, sama macam hal keluarga lain. Saya pilih untuk simpan.
Saya cuba elak benda-benda yang tak elok. Even gambar anak pun saya tak post. Saya tak nak bagi orang tahu.
Saya masih seorang suami dan seorang ayah. Anak perempuan saya empat tahun, tahun depan masuk sekolah.
Untuk rekod, Nafiz mendirikan rumah tangga bersama adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah iaitu Diyana Omar pada 2 Januari 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
The post ‘Saya Masih Seorang Suami & Ayah’ – Nafiz Muaz Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Pantun Curang Hanya Konten first appeared on OHBULAN!.





