Seorang wanita merasakan dirinya gagal menjadi seorang ibu kerana tidak mampu memenuhi kehendak anaknya yang bakal menyambut ulang tahunnya pada hari Selasa ini.
Artikel Berkaitan: Individu Puji Zul Ariffin Solat Di Stesen Minyak Tangkak – ‘Kagum Sebab Surau Tu Kecil, Tak Sangka Dia Selesa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Isteri Sebak, Anak Perempuan Raih Diploma Dengan Keputusan Cemerlang – ‘Tiada Perkataan Yang Nak Diucap…’
‘Ibu yang gagal…’

Di Threads, wanita itu berkongsi keputusan sukar yang terpaksa diambil.
Demi menggembirakan anaknya, wanita itu berkata dia mungkin terpaksa menggadai cincin peninggalan arwah ibunya semata-mata untuk membeli kek Kuromi.
Saya seorang ibu yang gagal. Ulang tahun kelahiran anak saya Selasa ini dan dia minta kek Kuromi.
Saya tak mampu nak belikan kek itu. Di jari saya ada cincin peninggalan arwah mak saya dan ini saja barang kemas yang tinggal.
Jelasnya, dia cuba menanggung keinginan anak sendiri tanpa membebankan suami, yang sudah banyak berhabis untuk komitmen lain.
Saya tak sampai hati nak bebankan suami pasal nak beli kek sebab suami saya sudah banyak habis duit bayar hutang, persiapan raya dan komitmen lain.
Saya sayang sangat-sangat cincin ini sebab kenangan arwah mak saya bagi. Saya cuba pujuk hati tapi dalam masa yang sama berat hati.
Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Gagal’ – Anak Minta Kek ‘Birthday’ Kuromi, Ibu Luah Perasaan Berat Hati Gadai Cincin Peninggalan first appeared on OHBULAN!.





