34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasha Abdul Aziz Dakwa Bekas Pembantu Rumah Pakai ‘Mandrem’, Gunakan Ketiga Anak Sebagai ‘Content’ Media Sosial

    Shopee Sale

    Usahawan, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa berang apabila mendapati gambar anaknya telah dimuat naik tanpa kebenaran di akaun media sosial bekas pembantu rumahnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Berang, Anak Dakwa Ditampar Pembantu Rumah – ‘Patutlah Tak Sedap Hati Bila Nak Pergi Kerja’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Geram Pembantu Rumah Didakwa Pemalas – ‘Umur 45 Tahun Sudah Tak Perlu Beritahu, Common Sense Sendiri’

    Pengajaran

    Menerusi perkongsian di Threads, Sasha memuat naik tangkap layar akaun media sosial bekas pembantunya yang didakwa menjadikan anaknya sebagai content.

    Menurut Sasha, kisahnya itu boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai khususnya mereka yang mempunyai pembantu rumah.

    Kisah pembantu rumah yang para ibu semua boleh jadikan pengajaran termasuk diri sendiri.

    Pertama sekali, kurang ajar, kedua pakai ‘mandrem’ dan yang ketiga suka hati main TikTok sebarkan gambar anak orang.

    Berang dengan tindakan bekas pembantu itu, Sasha menghantar mesej kepada individu yang dipercayai agensi wanita berkenaan dan menegaskan bahawa tindakannya telah melanggar privasi peribadi.

    MENARIK:  Belum Mahu Bersara, M.Nasir Teruja Hasilkan Karya Seni – ‘Itu Nikmat Yang Orang Lain Tak Dapat, Susah Untuk Berhenti’

    Sasha juga menuntut bekas pembantunya itu memadam gambar yang melibatkan anak-anaknya.

    Difahamkan, bekas pembantunya itu aktif menggunakan TikTok berkongsi kehidupan sehariannya dengan menjadikan anak Sasha sebagai content.

    Sebelum ini,  Sasha mendakwa pembantu rumahnya telah bertindak melampaui batas dengan memukul anaknya.

    Sumber: Threads

    The post Sasha Abdul Aziz Dakwa Bekas Pembantu Rumah Pakai ‘Mandrem’, Gunakan Ketiga Anak Sebagai ‘Content’ Media Sosial first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah