32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarah Suhairi Tidak Terkejut dengan Tuntutan Peminat Indonesia Mengenai Lagu Setia Akhir Hayat!

    Shopee Sale



    Sarah Suhairi

    Penyanyi, Sarah Suhairi meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu nyanyiannya bersama Alfie Zumi yang berjudul Setia Akhir Hayat atau SAH menjadi tular dan mendapat tempat di hati peminat.

    Claim lagu Indonesia

    Sarah Suhairi

    Ketika ditemui , Sarah berkata dia tidak menyangka lagu tersebut menjadi trending terutama di platform TikTok sehingga ke Indonesia.

    Sebenarnya genre lagu begini saya sudah lama simpan dan atas permintaan ramai mahu lihat saya dengan sesuatu yang baharu berbanding pernah dibuat sebelum ini.

    Kalau dilihat ramai penyanyi wanita yang mempunyai lagu-lagu balada yang kuat, jadi saya mencari sesuatu yang betul-betul kena dengan suara saya dan sedikit ‘catchy’ untuk orang terima.

    Alhamdulillah, bersyukur apabila lagu Sah bukan sahaja popular di Malaysia tetapi di Indonesia juga. Mungkin kerana TikTok, ramai yang gunakan lagu itu untuk video mereka (pengguna TikTok).

    Sarah berkata demikian ketika ditemui pada acara karpet merah AJL 38 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.

    MENARIK:  MUA Bellaz ‘Throwback’ Zaman Hidup Susah, Titip Pesan Untuk Tidak Putus Semangat – ‘Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil’

    Dalam pada itu, juara program Big Stage musim pertama itu berkata dia tidak terasa hati apabila ada segelintir peminat yang mendakwa lagu tersebut berasal dari Indonesia dan bukan dari Malaysia.

    Tidak mengapa bila berlaku begitu (claim lagu Indonesia), saya faham mereka terlalu teruja apabila dengar remix lagu berkenaan. Sedikit sebanyak itu sebahagian daripada pemasaran juga.

    Saya tidak berasa kecil hati pun, sebab memang jangka akan berlaku seperti itu. Yang penting orang suka dengar.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah