29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Santuni MADANI: Bila Secawan Kopi Jadi Pintu Rezeki Belia Kampung

    Shopee Sale

    Ketika ini, kedai kafe hipster tumbuh bak cendawan dan bagi sesetengah orang, kopi hanyalah sekadar minuman harian.

    Tapi bagi belia di Kampung Bendang Siam, Perak, secawan kopi kini menjadi simbol peluang, keyakinan dan masa depan hasil daripada inisiatif kelas barista Santuni MADANI.

    Dari akademi ke bendang siam

    Dengan sokongan kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Lot43kopi tampil memperkenalkan kelas barista di bawah Santuni MADANI.

    Matlamatnya jelas iaitu memberi ilmu sebenar tentang industri kopi mesin yang semakin berkembang di kampung-kampung sekitar Perak.

    Menurut Shahrul Hafiz, wakil penganjur dari Lot43kopi berkata kelas barista yang dianjurkan memberikan peniaga kopi misin untuk meningkatkan kemahiran mereka.

    “Ramai peniaga kopi mesin mula berniaga tanpa asas yang betul. Ada yang beli mesin tanpa rundingan, ada yang tak pernah ke akademi kopi bertauliah.

    Jadi kami bawa kelas ini terus ke kampung supaya mereka boleh tingkatkan kemahiran dengan cara yang lebih profesional,” ujarnya.

    Hasilnya nyata. Separuh daripada peserta berjaya menambah baik kedai mereka, termasuk menambah menu baharu.

    View this post on Instagram

    A post shared by Lot43Kopi (@lot43kopi)

    Nama-nama seperti Kopi Taiping, Kopi Ngobrol dan Moncoff Coffee & Roastery kini semakin dikenali selepas menyertai program ini.

    Lebih mengujakan, ada kisah inspirasi seperti KCFrothyCoffee, yang dahulu menjual kopi dari bonet kereta. Selepas tamat kelas barista Santuni MADANI, beliau kini berjaya membuka sebuah kafe sendiri, Rumah Kopi 408 di Sauk.

    Dari impian kecil ke identiti bandar

    Antara peserta yang mendapat manfaat besar ialah Mohamad Irwan, 31 tahun, pengasas Kopi Taiping.

    “Saya dan isteri mula dengan impian kecil nak buka kafe sendiri. Kami belajar sendiri, jatuh bangun berkali-kali.

    Tapi bila ada peluang sertai kelas barista Santuni MADANI, saya lebih yakin Kopi Taiping boleh jadi jenama yang bawa identiti bandar ini,” katanya.

    santuni madani

    Bagi Irwan, kelas ini bukan sekadar kursus. Ia membuka matanya tentang seni dan sains kopi, meningkatkan keyakinan diri dan memberi nafas baharu untuk membawa kafenya ke tahap lebih tinggi.

    “Saya hargai inisiatif ini kerana ia beri peluang kepada usahawan kecil macam saya untuk tambah ilmu dan keyakinan.

    Bila lebih ramai diberi sokongan sebegini, industri F&B negara boleh berkembang pesat,” tambahnya.

    MENARIK:  Anna Jobling Teruja Nak Guna Skil Berenang Dalam Filem Duyung – ‘Saya Pernah Wakil Selangor Dalam Sukan Tersebut’

    Untuk pengetahuan korang, Kopi Taiping ini terletak di No. 32, Jalan Barrack, 34000 Taiping dan jika korang ke sana, bolehlah hadir sebagai tanda support.

    Apa itu Santuni MADANI?

    Bagi yang belum tahu, Santuni MADANI ialah program di bawah gagasan Malaysia MADANI yang digerakkan kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung.

    Ia berfungsi sebagai jambatan antara komuniti dan agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu setempat serta membuka ruang pembangunan baharu.

    Program ini juga merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2025 yang berjumlah RM421 bilion, iaitu bajet terbesar dalam sejarah Malaysia.

    Walaupun tiada pecahan angka khusus diumumkan untuk Santuni MADANI sahaja, kerajaan menekankan bahawa perbelanjaan sosial sebegini adalah sebahagian daripada pelaburan besar untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

    Setakat ini, 408 kampung telah berdaftar di bawah Santuni MADANI dengan lebih 978 isu berjaya diselesaikan di seluruh negara. Angka ini membuktikan bahawa dana yang disalurkan memberi kesan langsung kepada komuniti.

    Pada masa sama, penting untuk difahami bahawa pelaburan sosial seperti Santuni MADANI hanya dapat diteruskan jika kerajaan mempunyai ruang fiskal yang kukuh.

    Sebab itu, dasar seperti kutipan cukai yang mampan dan kemasukan pelaburan adalah kunci untuk memastikan program sebegini dapat dibiayai secara berterusan dan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.

    Lebih dari sekadar secawan kopi

    Santuni MADANI membuktikan bahawa pendekatan inklusif mampu melahirkan komuniti yang lebih yakin berdikari.

    Daripada sekadar kelas barista, ia telah membuka ruang kerjaya baharu, mencetuskan idea bisnes kreatif, malah mengukuhkan jaringan komuniti.

    “Kami lihat sambutan sangat positif. Dengan sijil yang diperoleh, belia boleh mohon kerja sebagai barista atau buka perniagaan sendiri.

    Sebab itu kami yakin kelas ini wajar diteruskan ke lokasi lain,” jelas Shahrul Hafiz.

    Daripada cerita belia kampung yang kini berani membuka kafe, sehinggalah kepada peniaga kecil yang menambah baik kedai mereka, Santuni MADANI membuktikan bahawa perubahan besar boleh bermula dari perkara yang paling sederhana, termasuklah secawan kopi yang dibancuh dengan ilmu dan jiwa.

    The post Santuni MADANI: Bila Secawan Kopi Jadi Pintu Rezeki Belia Kampung first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah