Pempengaruh media sosial, Sam Lim menafikan dakwaan dirinya sebagai ‘penunggang’ dengan mengahwini wanita beragama Islam demi memberi manfaat kepada perniagaan motor miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Raih Pujian, Buat ‘Pre-Wedding’ Selepas Nikah – ‘Macam Ini Baru Betul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Rezeki Belum Cukup, Jangan Terburu-Buru Nak Kahwin.. Semua Benda Pakai Duit’ – Sam Lim
Tunggang melayu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sam Lim dilihat tampil membalas ciapan seorang individu yang mendakwanya sebagai penunggang dengan menggunakan sentimen kaum Melayu demi meraih keuntungan peribadi.
Menurut Sam Lim, perniagaan motor miliknya itu telah diusahakan sebelum mendirikan rumah tangga bersama Parisa Ardina.
Tolong la mak cik, kedai motor saya ini dah ada sebelum saya kahwin.
Tiba-tiba tunggang pula. Kau kan melayu, kenapa awak tak buka satu.
Tambah Sam Lim, dia memilih untuk tidak membalas komen yang diterimanya secara negatif kerana enggan dianggap sebagai individu yang tidak beradab.
Aku tengah kawal mulut tak guna perkataan ‘tunggang’. Jangan nanti saya balas balik, buat ayat untuk awak.
Nanti cakap aku tiada adab pula.
Sumber: Threads @sam_lim
The post Sam Lim Nafi ‘Tunggang’ Melayu, Perjelas Kedai Motor Wujud Sebelum Kahwin – ‘Jangan Nanti Saya Balas Balik’ first appeared on OHBULAN!.





