30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sajat Syukur Berjaya Gapai Impian Miliki Kereta Mercedes – ‘4 Tahun Usaha, Setiap Doa & Air Mata Berbaloi

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Nur Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia kini mampu memiliki sebuah kereta idamannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Bakal Tunai Umrah Sebagai Lelaki 

    Artikel Berkaitan: Sajat Pulang Beraya Di Malaysia? – ‘Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri’

    Kereta baharu

    Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Sajat atau atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsi foto dirinya bersama sebuah kereta dari jenama antarabangsa, Mercedes-Benz.

    Pada ruangan kapsyen, Sajat menyifatkan kereta tersebut sebagai bukti kerja keras dan hasil penat lelahnya bekerja selama ini.

    Alhamdulillah, hari ini merupakan salah satu pencapaian yang besar dalam hidup saya.

    Selepas hampir empat tahun berusaha, bekerja keras dan terus percaya pada diri sendiri, akhirnya saya berjaya capai impian saya memiliki sebuah Mercedes-Benz.

    Mungkin ia bukan kereta paling mahal di dunia, tetapi saya milikinya dengan hasil titik peluh, usaha dan perjalanan hidup saya sendiri.

    Saya amat bersyukur.

    Usaha sendiri

    Menurut Sajat, kejayaan memiliki sebuah kereta Mercedes-Benz adalah simbolik kepada usaha, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

    MENARIK:  Eyra Hazali Sekeluarga Masuk Hospital, Keluarga Mohon Doa

    Dalam masa yang sama, Sajat juga percaya bahawa rezeki tidak akan pernah salah alamat selain keyakinan terhadap kurniaan nikmat dari Allah SWT.

    Ini bukan sekadar kereta.

    Ini meningatkan saya bahawa setiap doa, air mata dan setiap kali saya jatuh, itu semuanya berbaloi.

    Jika awak inginkan sesuatu, usahakanlah.

    Percayalah pada ketentuan waktu daripada Allah.

    Apabila tiba masanya, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang telah tertulis untuk awak.

    Menjengah ke ruangan komen, Sajat dihujani dengan ucapan tahniah di atas pencapaiannya memiliki sebuah kereta berjenama mewah.

    Sumber: IG Sajat

    The post Sajat Syukur Berjaya Gapai Impian Miliki Kereta Mercedes – ‘4 Tahun Usaha, Setiap Doa & Air Mata Berbaloi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah