29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SAH Entertainment, Universal Music Malaysia Umum Konsert 2025, Ernie Zakri, DOLLA & Insomniacks Ke Pentas Lebih Besar

    Shopee Sale



    SAH Entertainment terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik dengan menjalinkan kolaborasi eksklusif penganjuran tiga konsert mega.

    Bawa pengaruh hiburan industri Malaysia ke peringkat lebih besar

    Konsert tersebut membabitkan artis popular tanah air di bawah naungan label terkemuka Universal Music Malaysia, iaitu Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks.

    Penganjur utama, Sufi Rashid berkata usaha ini adalah langkah strategik dalam memberikan lebih banyak peluang kepada artis berbakat untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

    SAH Entertainment berbesar hati dapat membawa nama-nama besar seperti Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks ke pasaran yang lebih luas.

    Kerjasama dengan Universal Music Malaysia juga menjadi pemangkin dalam usaha menaikkan martabat seni suara negara.

    Sufi berkata pemilihan tempat ikonik sdi Capitol Theatre Singapura dan Zepp Kuala Lumpur adalah kerana ingin memastikan setiap konsert menawarkan pengalaman muzik luar biasa dengan suasana lebih eksklusif serta teknologi audio dan visual yang canggih.

    Kami berharap usaha kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi memastikan lebih ramai artis berbakat berpeluang untuk beraksi di pentas yang lebih besar.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata kerjasama strategik dengan agensi tersebut memberi tumpuan untuk mengembangkan bakat artis yang menjadi fokus utama mereka tahun ini iaitu Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks.

    Bersama SAH Entertainment yang mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menganjurkan beberapa konsert baru-baru ini, termasuk konsert solo sold-out Ernie Zakri yang pertama di Kuala Lumpur, kami yakin gandingan kekuatan kreatif kedua pihak dapat mencipta platform yang luar biasa untuk ketiga-tiga artis di rantau ini.

    Inisiatif ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem kreatif yang berkembang maju di Asia Tenggara, tetapi juga memupuk pertumbuhan komuniti muzik di rantau ini yang semakin didorong oleh khalayak muda, sosial dan mudah alih.

    Jadual konsert

    Berikut merupakan jadual konsert bagi artis-artis SAH Entertainment 2025:

    MENARIK:  Berang Cinta Ditolak, Remaja 16 Tahun Tamatkan Riwayat Rakan Sekolah Di Warung Kopi

    31 Mei 2025 – Ernie Zakri Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)

    17 Ogos 2025 – Dolla Live in Singapore (Capital Theatre, Singapura)

    12 Julai 2025 – Insomniacks Live in Kuala Lumpur (Zepp Kuala Lumpur)

    17 November 2025 – Insomniacks Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)

    Peminat boleh mengikuti laman media sosial rasmi SAH Entertainment bagi mendapatkan
    maklumat terkini serta pembelian tiket.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah