Festival Ragam Raya Fest 2026 turut bakal berlangsung sempena persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri selama tiga hari berturut-turut di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall Putrajaya bermula 13 hingga 15 Mac ini.
Artikel Berkaitan: Penganjur Havoc Food Festival Cakna Isu Dilabel ‘Pasar Malam T20’ – ‘Kami Mengawal Harga Makanan Kepada Semua Usahawan ..’
Artikel Berkaitan: Havoc Food Festival Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Menyatukan lebih 188 vendor

Menurut wakil penganjur iaitu Sham Amir, majlis berbuka puasa ini menjadi satu platform bagi menyatukan lebih daripda 180 vendor yang menyediakan pelbagai produk keperluan raya.
Selain itu, sesi taklimat ini juga disifatkan sebagai ‘checkpoint’ pertama yang menerangkan perjalanan festival.
Taklimat dan majlis berbuka puasa ini penting sebagai ruang ‘memanaskan badan’ selain bersuai-kenal selain menyatukan lebih daripada 188 vendor raya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi keperluan menyambut raya.
Majlis taklimat ini juga memberi peluang kepada vendor untuk memahami dengan lebih jelas mengenai konsep festival, selain membincangkan perjalanan acara, promosi serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang tiga hari festival itu.
Tak lupa, sesi taklimat ini turut menjadi ruang untuk vendor, rakan strategik dan penganjur berkumpul dalam suasana mengimarahkan mood Ramadan yang penuh kemesraan sambil berbuka puasa.
Dalam pada itu juga, Sham Amir sempat berterima kasih kepada semua penaja yang terlibat menjayakan festival ini sekali gus menyedari ianya kerjasama daripada pelbagai pihak yang mempercayai Festival Ragam Raya Fest 2026.
Festival yang dinanti-nantikan

Berkongsi lebih lanjut, Festival Ragam Raya Fest 2026 dipercayai bakal menjadi salah satu festival yang dinanti-nantikan dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan buat pengunjung.
Festival ini dijangka menjadi antara karnival jualan Aidilfitri paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan pelbagai tawaran istimewa, aktiviti pentas, selebriti jemputan serta pengalaman membeli-belah yang selesa di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia.
Festival ini bakal menarik ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, sekali gus menjadikannya antara acara persiapan Aidilfitri yang paling meriah tahun ini.
Lebih istimewa pengunjung kelak berpeluang menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa sepanjang festival berlangsung.
Tidak cukup disitu, pengunjung juga bakal menerima pelbagai baucar diskaun dan tawaran eksklusif daripada vendor yang akan disediakan melalui sistem pendaftaran QR oleh Happie Token, selaku rakan strategik bagi sistem digital baucar acara ini.
Kemasukan adalah percuma dan pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya, lengkap dengan kemudahan berhawa dingin dan fasiliti mesra pengunjung.
The post Ryan Deedat Antara Selebriti Meriahkan Ragam Raya Fest 2026, Gegarkan Putrajaya 13 Hingga 15 Mac Ini first appeared on OHBULAN!.





