26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rosé Blackpink Kongsi Momen Santuni Kanak-Kanak Di Hospital, Kagum Pejuang Muda Lawan Penyakit

    Shopee Sale

    Ahli kumpulan K-pop terkemuka dunia, Rosé Blackpink, berkongsi momen dia meluangkan masa berkunjung ke Hospital Kanak-Kanak Universiti Seoul pada hari Krismas yang lalu.

    ‘Hadiah’ istimewa

    View this post on Instagram

    A post shared by ROSÉ (@roses_are_rosie)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Rosé meluahkan rasa hiba dan kagum melihat perjuangan pesakit-pesakit muda itu melawan penyakit mereka. Ujarnya, pertemuan itu memberi kesan mendalam kepada dirinya.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Universiti Seoul kerana memberi peluang untuk saya meluangkan masa bersama pada hari Krismas, supaya saya dapat menutup tahun ini dengan penuh kehangatan buat kali terakhir. 

    Dalam perkongsian tersebut, Rosé menyifatkan kehadiran kanak-kanak itu sebagai satu ‘hadiah’ yang sangat berharga buat dirinya.

    Tahun ini saya menerima banyak kasih sayang melalui lagu ‘APT.’ untuk peminat saya.

    Saya berpeluang bertemu kanak-kanak yang berusaha keras setiap hari di hospital untuk melawan penyakit.

    Mereka ini telah memberikan masa mereka yang berharga supaya kami dapat ketawa, berbual, dan mengambil foto bersama. 

    Sebenarnya, niat saya adalah untuk membalas semula kasih sayang yang saya terima tahun ini kepada mereka, namun sebaliknya, saya pula yang berasa seperti menerima hadiah yang penuh dengan kegembiraan dan kehangatan.

    Penyanyi lagu hit ‘APT.’ itu turut menyeru orang ramai agar lebih peka dan memberi sokongan moral kepada kanak-kanak ini. 

    MENARIK:  Fareez Fauzi, Imranul Effendy & Mat Alip Juara All Star Championship, Bawa Pulang RM50,000 Setiap Seorang

    Dia juga mendoakan kesejahteraan agar semua kanak-kanak di seluruh dunia dapat menyambut musim perayaan dengan penuh kegembiraan.

    Sumber: Instagram Rose

    The post Rosé Blackpink Kongsi Momen Santuni Kanak-Kanak Di Hospital, Kagum Pejuang Muda Lawan Penyakit first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah