Pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen anak lelakinya menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika bercuti di London baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini Sebak Dapat Tunaikan Permintaan Anak-Anak Ke Stadium Emirates – ‘Sudah Lama Mereka Teringin’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Agenda Tersembunyi, Hanya Kebajikan Anak-Anak’ – Rita Rudaini
Solat tepi mesin ATM

Menerusi hantaran di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, memaklumkan situasi tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga menempuh perjalanan selama dua jam setengah sebelum singgah di sebuah kawasan hentian untuk menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan surau di lokasi berkenaan, mereka terpaksa mencari inisiatif lain dengan memilih ruang di tepi mesin ATM sebagai tempat untuk memunaikan ibadah solat.
Perjalanan hari ini dua jam setengah, singgah R&R nak Subuh. Sini tak ada surau, tapi ‘mommy’ cari ‘port’ baik punya di tepi mesin ATM.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa kagum terhadap adab masyarakat di sana.
Jelas Rita, walaupun menunaikan solat di kawasan awam tetapi orang sekeliling tidak menunjukkan rasa marah atau memandang serong terhadap mereka.
Tengah mommy solat, kedai depan mula beroperasi. Mereka buka kedai, orang-orang di sini senyum saja, tak marah dan tak ada nak pandang sinis. Begitulah adab, tak kira apa pun agama… be kind to everybody.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji didikan agama yang diberikan Rita kepada anak-anaknya, selain mengagumi keluarga ini yang tidak meninggalkan kewajipan walaupun berada di negara orang.
Komen

Sumber: Instagram Rita Rudaini
The post Rita Rudaini Kongsi Momen Anak Solat Tepi Mesin ATM Ketika Bercuti, Netizen Puji Cara Didikan first appeared on OHBULAN!.





