30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam tekad untuk menghentikan perbalahan bersama personaliti terkenal, Datin Seri Shahida yang menjadi bualan hangat di media sosial.

    Hormat abang

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.

    Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.

    Terima kasih Abang Long untuk nasihat.

    Demi menghormati Abang Long, saya terima segala teguran, nasihat, dan kata-kata positif yang dicurahkan.

    Adik sayang Along sangat-sangat.

    Kita semua keluarga. Sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

    Saya akan delete segala-galanya.

    Dalam pada itu, Rebecca akui hubungan kekeluargaan itu akan kekal selamanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Pinn Yang Anggap Kemenangan Di TikTok Awards 2024 Satu Momen Bermakna, Nak Sumbang RM50k & Rancang Buat Kenduri Bersama Peminat

    Imbas kembali, pertelingkahan ini tercetus apabila aktres berusia 38 tahun itu didakwa menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

    Tidak terhenti disitu, Rebecca turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

    Ekoran daripada itu, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah