34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Reaksi Saya & Kak KM Bukan Lakonan, Itu Adalah Saling Hormat & Kasih Mesra’ – Ustazah Asma’ Harun

    Shopee Sale

    Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan pertemuannya bersama usahawan popular, Kak KM sebagai satu momen yang istimewa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tahu Kak KM Orangnya Baik’ – Doa Ustazah Asma’ Harun Buat Kak KM Undang Perhatian

    Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’

    Saling menghormati

    Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, meskipun sebelum ini dirinya dan Kak KM tidak sependapat di media sosial, namun mereka memilih untuk menghormati antara satu sama lain ketika bertemu secara empat mata tempoh hari.

    Sesiapa yang biasa mengikuti kuliah online saya khususnya jam 7 pagi, tentu maklum saya kerap kali menegur Kak KM secara terbuka, terus terang menyebut namanya tanpa berlapik, juga melalui penulisan, berkaitan penampilan dia sekeluarga.

    Saat bertemu semalam, seolahnya kami tidak ada apa-apa isu ‘panas’ walau sering bertentangan di media sosial.

    Kak KM pernah meluah geram pada saya, boleh jadi menyampah dengan saya, namun kami masih tetap boleh saling menghormati.

    Semoga Kak KM, keluarganya dan kita semua sentiasa berubah ke arah kebaikan, diberikan hidayah oleh Allah SWT, mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah sampai akhir hidup kita.

    Menurut Ustazah Asma’, reaksi mereka ketika pertama kali bertemu itu adalah ikhlas dari hati masing-masing dan bukannya demi meraih perhatian.

    Jika setiap orang yang kita tegur perlu disusuli dengan wajah yang dingin, dikeraskan suara dan putuskan adab, maka dakwah akan berubah menjadi permusuhan, bukan nasihat. 

    Hakikatnya interaksi di media dan secara berdepan adalah dua suasana yang berbeza. Perlakuan kami semalam bukan kepura-puraan atau lakonan, itu adalah saling hormat dan kasih mesra.

    Teguran tetap diberi

    Walau bagaimanapun, Ustazah Asma Harun menegaskan bahawa, dia tidak pernah membenci mana-mana individu dan akan sentiasa menjalankan tugasnya untuk memberi teguran terhadap perkara yang bercanggah dengan Islam.

    Berbeza tentang sesuatu bukan bermaksud boleh hilang akhlak, salam tetap diberi, kasih sayang terhadap saudara seislam tetap dirasai. Berlapang dada ketika berjumpa bukan bermaksud menghalalkan apa yang salah, prinsip dan pendirian tidak pernah berubah.

    Saya tidak pernah ada rasa benci pada individu, saya tegur adalah sesuatu yang terlalu melampaui batasan agama dan dinormalisasi sehingga merosakkan nilai agama, adab dan budaya.

    Teguran itu lahir daripada rasa tanggungjawab dan kasih sayang, bukan kebencian. 

    Saya tidak pernah menarik balik teguran saya. Prinsip saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah situasi daripada tulisan dan kuliah kepada pertemuan secara berdepan, lalu yang mendahului adalah adab.

    Terdahulu, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli berkongsi klip memaparkan dirinya gembira apabila dapat bertemu dengan Ustazah Asma’.

    MENARIK:  Wawa Zainal Memilih Tidak Menggunakan Misya Mazlan Untuk Keperluan ‘Marketing’, Menawarkan Bantuan untuk Mendapatkan Lebih Banyak Peluang Kerja

    Ustazah Asma’ juga sempat menitipkan doa kepada Kak KM sehingga membuatkan usahawan itu tersentuh dan sebak.

    Sumber: FB Ustazah Asma’ Harun

    The post ‘Reaksi Saya & Kak KM Bukan Lakonan, Itu Adalah Saling Hormat & Kasih Mesra’ – Ustazah Asma’ Harun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah