31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai Cemburu Dengan Elisya Sandha, Dapat Layanan ‘Five Star’ Ketika Berpantang – ‘Ibu Mentua Dari Syurga’

    Shopee Sale



    Sheila Rusly

    Sepotong video memaparkan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menyediakan makanan berpantang untuk menantunya yang juga aktres, Elisya Sandha mencuri perhatian wargamaya.

    Mentua dari syurga

    Sheila Rusly

    Menerusi hantaran di TikTok, Sheila, 53, berkata, dia berasa gembira apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang di rumahnya.

    Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis (panggilan Sheila) rancang menu.

    Elisya juga dilihat begitu selera menikmati juadah yang disediakan lantas memeluk erat ibu mentuanya sebagai tanda terima kasih atas layanan diberikan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyifatkan adik kepada Fasha Sandha itu sebagai menantu bertuah.

    Malah, tidak kurang juga yang menggelar Sheila sebagai ‘ibu mentua dari syurga’.

    Kalau saya jadi Elisya beranak ramai pun tak kisah kalau mak mentua baik macam ini.

    Semoga anak perempuan saya dapat mentua macam Sheila Rusly.

    Beruntungnya Elisya dapat mentua baik macam Sheila Rusly.

    Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Tak Tuntut Nafkah Idah, Mutaah & Harta Sepencarian Daripada Aliff Aziz – ‘Saya Tak Nak Panjangkan Kes Lagi’

    Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah