30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakan Artis Memberi Sokongan Kepada Bella Astillah Kerana Kesabaran nya Tidak Dipandang Sebelah Mata

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz berikutan kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon sensasi, Ruhainies.

    Dapat sokongan ramai

    Terbaru, Bella dilihat menerima banyak sokongan daripada rakan artis dan peminatnya sendiri. Rata-rata rakan artis memohon doa supaya Bella kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda.

    Ujar rakan artis lagi, hanya Bella sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat dirinya dan anak-anak selepas ini. Di samping itu, mereka juga menyifatkan Bella sebagai wanita yang pemaaf kerana sudah memberi banyak peluang kepada Aliff Aziz untuk berubah.

    Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaafkan Ruhainies meskipun hatinya pada masa ini didakwa sudah terlalu kecewa dengan perbuatan wanita tersebut yang dianggap sebagai kawan.

    Menerusi pemerhatian pihak antara artis yang memberi sokongan terhadap Bella ialah, Linda dan Diana Rafar, Puteri Sarah Liyana, Ika Nabella, Syamim Farid, Puteri Zarith, Sweet Qismina dan Datuk A.Aida.

    MENARIK:  [VIDEO] Aeril Zafrel Dedah Lebih Dari 10 Barang Aneh Pernah Keluar Dari Badan – ‘Lepas Maghrib Aku Akan Sesak Dada’

    Di samping itu, Bella dilihat memuat naik satu video di Instagram Story miliknya. Video tersebut mempunyai sepotong ayat yang berbunyi ‘Hanya kerana kamu seorang penyabar, mereka mengira kamu tidak akan terluka’.

    Menerusi video tersebut, Bella didakwa mahu meluahkan perasaannya yang sebenar selepas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah