31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putar Balik Masa: Nana Mahazan Ingin Lebihkan Masa Dengan Anak Sulung

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, penyampai radio Nana Mahazan mendedahkan dia tidak meluangkan banyak masa bersama anak sulungnya, Athea.

    Hubungan jadi renggang

    Menerusi video di TikTok, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan memberitahu jika dapat memutarkan masa dia ingin meluangkan lebih banyak masa bersama Athea.

    Menurut Nana, sejak anak keduanya lahir, dia lebih banyak menghabiskan masa dan memanjakan anaknya itu sehingga menyebabkan hubungannya bersama Athea menjadi renggang.

    Kalau saya boleh putar balik masa, saya nak lebihkan masa dengan anak sulung saya.

    Saya tidak banyak meluangkan masa dengan anak sulung saya. Nana rasa tak sempatkan manjakan dia sebanyak saya manjakan anak kedua saya.

    Mungkin saya rasa bila kita dah ada baby, masa tu dia baru umur tiga nak masuk empat tahun, dia terpaksa jadi kakak dah, dia terpaksa pandai-pandai jaga diri sebab kita nak jaga adik dia kan. Itu yang jadikan dia lebih menjauh dengan saya.

    Tambah penyampai radio yang berusia 40 tahun itu, dia sepatutnya memanjakan Athea sama seperti dia memanjakan anak keduanya itu.

    Dalam pada itu, Nana meluahkan rasa syukur kerana suaminya yang bertanggungjawab dan banyak meluangkan masa dengan anak sulungnya itu.

    Disebabkan itu, Nana cuba mengembalikan ikatan serta merapatkan dirinya kembali bersama anak sulungnya sama seperti ketika dia waktu kecil.

    Saya rasa saya sepatutnya manjakan dia juga walaupun saya ‘Athea tolong ambil ni, tolong ni. Janganlah kacau adik.’

    Jadi saya rasa macam eh dia pun masih kecil masa tuh, jadi jauh yang saya rasa dengan anak yang sulung tuh kalaulah boleh patah balik masa, saya nak luangkan masa dengan dia.

    Masa itu kita sibuk fikir baby kecilkan, nak menyusulah sudah tentu juga kita akan lebih jaga baby.

    Saya rasa Alhamdulillah Brian dia memegang tanggungjawab itu, sampai sekarang pun Athea memang lebih rapat dengan bapa dia.

    Sekarang kita tengah cubalah sebab dia dah remaja jadi kita cuba jadi kawan.

    Saya harap dapat kembalikan balik ikatan yang saya ada dengan dia masa dia kecil sebelum Aqib ada.

    Video

    MENARIK:  Tony Eusoff Teringin Nak Tampar Muka Aktres Didakwa Bermasalah – ‘Dia Dah Bersara, Sekarang Pakai Tudung’
    " data-video-id="7326822915045870855" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @pama.my

    Gap tak banyak antara yang sulung dan kedua buat Nana Mahazan rasa distance antara dia dan puteri sulungnya. #nanamahazan #nanamanusiagigih #majalahpama #fyp

    ? Piano sleep LoFi slow midnight(808930) – Gloveity

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah