29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prince Syed Syukur Isteri Tunjuk Perkembangan Positif, Dedah Permintaan Tak Mahu Jumpa Sesiapa – ‘Sayang Merayu Sangat Kali Ini’ 

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Prince Syed memaklumkan kondisi isterinya, Fatin Syazwani menunjukkan perkembangan positif selepas beberapa hari ditahan di wad.

    Artikel Berkaitan: Isteri Prince Syed Mohon Henti Kecam Suami, Pembedahan Bariatrik Keputusan Sendiri – ‘Dia Tiada Kena Mengena’

    Dibenarkan pulang

    Ketika dihubungi , Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman berkata, Fatin akan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

    Isteri saya dah semakin stabil sekarang. Doktor maklumkan perkara sama, isteri saya semakin baik. Sekarang dia ditempatkan di unit HDU dan akan dipindahkan ke wad biasa.

    Dalam sehari dua lagi, insya-Allah dia boleh keluar hospital sebab keadaannya dah semakin sihat.

    Tambah Syed, isterinya bagaimanapun enggan bertemu dengan sesiapa termasuk ahli keluarga buat sementara waktu sehingga keadaannya pulih sepenuhnya.

    Dia juga ada berpesan kepada saya, kalau ada sesiapa yang telefon, tolong diam dan jangan beritahu sesiapa. Dia kata ‘sayang merayu sangat kali ini’, sebab selama ini tak pernah pun buat permintaan begini.

    Permintaan dia, tolong sangat-sangat. Jangan beritahu sesiapa. Kita simpan saja diam-diam, sebab nanti boleh jadi isu di luar jangka.

    Dia kata buat sementara waktu, tak mahu jumpa dengan sesiapa dahulu. Insya-Allah apabila segalanya sudah sembuh dan baik, dia akan berjumpa.

    Dalam pada itu, Syed turut meminta semua pihak mendoakan kesembuhan buat isterinya.

    Harap semua terus mendoakan kami, saya memang tengah down sangat. Saya cuma mahu hidup bahagia dengan isteri.

    The post Prince Syed Syukur Isteri Tunjuk Perkembangan Positif, Dedah Permintaan Tak Mahu Jumpa Sesiapa – ‘Sayang Merayu Sangat Kali Ini’  first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  'Hilangkan Keresahan dengan Berdoa Kepada Allah' – Nasihat Ibu Aliff Aziz

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah