30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petai Lebih Dari Sekadar Rasa Unik, Dipercayai Bantu Tingkatkan Mood Positif & Stabilkan Tekanan Darah

    Shopee Sale

    Petai terkenal bukan sahaja kerana baunya yang kuat dan boleh meninggalkan kesan sebaik sahaja dimakan, tetapi juga kerana keunikan rasanya yang sedikit pahit, manis serta teksturnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Misi Pesan Ibu Mengandung Nak ‘Due Date’ Jangan Makan Petai Nanti Bau

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Kurang Senang Tengok Wanita Keluar Tandas Tak Cuci Tangan – ‘Cantik, Handbag Mahal..Perfume Bau Kuat’ 

    Bantu tenangkan fikiran

    Petai sering dijadikan pelengkap dalam pelbagai masakan tradisional Asia, seperti sambal, ulam, atau lauk pauk kampung dan ia bukan sahaja menambah keenakan rasa tetapi mempunyai kebaikan yang tersendiri.

    Walaupun ramai mengelak kerana bau yang kuat, namun petai sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat bermanfaat untuk kesihatan, menjadikannya lebih daripada sekadar bahan sampingan dalam hidangan harian.

    Menurut Hello Doktor, terdapat sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Kebajikan Kesihatan MIND, mendapati bahawa ramai pesakit yang mengalami kemurungan dilaporkan mempunyai perasaan yang lebih baik selepas memakan petai.

    Hal ini dipercayai kerana petai kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino yang akan diubah menjadi serotonin dalam badan, membantu menenangkan fikiran, meningkatkan ‘mood’, dan menstabilkan emosi.

    Selain membantu meredakan kemurungan, petai juga bermanfaat untuk wanita yang mengalami sindrom pramenstruasi (PMS), iaitu keadaan yang mempengaruhi fizikal, emosi, dan tingkah laku semasa kitaran haid.

    Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam petai dikatakan dapat menstabilkan paras gula dalam darah, sekali gus memberi kesan positif terhadap ‘mood’ dan kesejahteraan secara keseluruhan.

    MENARIK:  Amang Seksual Bayi 1 Tahun 11 Bulan, Pemandu Lori Mengaku Bersalah

    Petai juga boleh dijadikan salah satu langkah alternatif dalam membantu meningkatkan kesihatan darah, terutamanya bagi mereka yang mengalami anemia.

    Kaya dengan potasium

    Dalam pada itu, petai kaya dengan potasium tetapi rendah kandungan natriumnya, menjadikannya pilihan makanan yang baik untuk menyokong keseimbangan tekanan darah.

    Malah, menurut pengesahan daripada US Food and Drug Administration, pengambilan petai secara berkala mampu membantu mengekalkan tekanan darah normal sekaligus mengurangkan kemungkinan risiko strok.

    Mengambil petai secara berkala didapati dapat menyokong fungsi otak, menjadikan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah lebih mudah, berikutan kandungan potasium yang tinggi.

    Di samping itu, kulit petai juga mempunyai manfaat untuk kesihatan. Antaranya, ia dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa gatal dan sakit akibat gigitan nyamuk.

    Satu kajian oleh Institute of Psychology di Austria menunjukkan bahawa individu yang mengalami tekanan di tempat kerja cenderung untuk mengambil lebih banyak snek seperti coklat, kerepek, dan keropok.

    Oleh itu, dicadangkan agar mereka yang kerap mengalami tekanan mengambil makanan tinggi karbohidrat secara sihat seperti petai. Cara ini dipercayai dapat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan kesan negatif stres terhadap tubuh.

    Cara ini dapat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan kesan negatif stres terhadap tubuh.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Petai Lebih Dari Sekadar Rasa Unik, Dipercayai Bantu Tingkatkan Mood Positif & Stabilkan Tekanan Darah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah