29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sentiasa Semat Dalam Kepala Saya, Sudah Ada Isteri.. Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?’ – Fattah Amin

    Shopee Sale



    Fattah Amin

    Sepotong video temu bual memaparkan pelakon Fattah Amin mengulas mengenai isu orang ketiga kembali tular dalam media sosial.

    ‘Layan orang ketiga’

    Fattah Amin

    Menerusi temu bual tersebut, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga disebabkan suami atau isteri yang memilih untuk melayan dan berlaku curang.

    Orang ketiga? Kita sebenarnya ada pilihan, tidak kisah sama ada suami atau isteri. Pilihan suami atau isteri untuk membenarkan atau melayan orang ketiga.

    Apa pun itu berbalik kepada diri sendiri, maksudnya perlu sedar dan ingat tanggungjawab seorang suami yang sudah ada isteri. Tak payah curang.

    Jelas Fattah, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan tidak perlu melayan orang ketiga.

    Sudah pasti suami pun tidak mahu kalau isteri dia curang. Itu yang sentiasa ada dalam fikiran saya kalau nak buat, insya-Allah saya memang tak nak (layan orang ketiga).

    Sentiasa semat dalam kepala, saya sudah ada isteri. Kenapa nak layan orang ketiga.

    Dalam pada itu, Fattah menasihati semua pasangan di luar sana untuk mengelakkan diri daripada melayan orang ketiga.

    Jika ada cubaan orang ketiga yang datang mengganggu, perlu dielakkan. Kalau dibiarkan atau diri sendiri yang mahu, jadilah perkara tidak diingini.

    Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhada Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Pelakon Baharu Tidak Hormat Zamarul Hisham? – ‘Memang Ada, Saya Tidak Tahu Apa Masalah Dia’

    Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah