28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Persembahan Aina Abdul Memukau Penonton di #AJL38: Pokok Bergerak, Terapung di Udara & Axiata Memancarkan Bau Harum

    Shopee Sale



    aina ajl pokok

    Persembahan penyanyi dan komposer, Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) mendapat ‘standing ovation’ daripada 11,000 penonton yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Buat penonton merinding!

    aina ajl pokok

    Menerusi persembahan yang bertemakan ranting dan daun kering, seluruh penonton dipukau dengan bau wangian yang cukup mengharumkan di segenap ruang stadium.

    Selain itu, penonton juga terkesima dengan gimik persembahan yang dilakukan Aina apabila dia terapung di udara dalam busana mewah rekaan Melinda Loi.

    Tepukan gemuruh daripada penonton juga tidak henti bergema sepanjang persembahan penyanyi berusia 31 tahun itu.

    Untuk rekod, Aina pernah bergelar juara bagi edisi lalu menerusi lagu ciptaannya berjudul Terus Hidup.

    MENARIK:  Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Dilabel Artis Bermasalah – ‘Jangan Ambil Sebab Tak Meletup’

    AJL 38 yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar bersiaraan secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil dan saluran TV3 jam 9 malam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah