24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Percutian Ke Ko Lipe Tak Kesampaian, Jofliam Dakwa Cik Epal ‘Halang’ Bawa Han & Yuki Bercuti Luar Negara – ‘Duit Dah Burn RM3,368.80′

    Shopee Sale



    Hasrat pempengaruh dan usahawan, Jofliam untuk bercuti ke Koh Lipe, Thailand bersama isteri dan dua anaknya, Han dan Yuki tidak kesampaian kerana perlu mematuhi perintah yang dikeluarkan mahkamah.

    Perintah mahkamah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Jofliam mendakwa dia tidak mengetahui mengenai perintah tersebut kerana tidak pernah dimaklumkan oleh pihak bekas isterinya, Cik Epal.

    Saya baru tahu surat bertarikh 21 Januari telah dikeluarkan untuk pihak imigresen bagi menghalang terus saya membawa anak-anak ke luar negara.

    Betul-betul tak fikir punya tindakan.

    Sejak 21 Januari, kalau saya tak cuba (hubungi Cik Epal), saya tak pernah tahu fasal surat ini.

    Tak apalah, tak rezeki. Saya akan ‘fight’ habis-habisan untuk hak jagaan nanti.

    (Bercuti) dalam Malaysia pun okay apa.

    Rugi lebih RM3,000

    Dalam pada itu, Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar turut memuat naik tangkap layar memaparkan kos yang terpaksa ditanggung.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tak Tercakap, Tak Terucap..Hanya Kami Yang Tahu’ – Zara Zya Tetap Doakan Bapa

    Selain itu, Jofliam berkongsi video memaparkan anaknya, Han yang cuba menghubungi Cik Epal namun panggilan tersebut tidak berjawab.

    Duit hotel dua hari di Koh Lipe (RM3,368.80) ‘burned’.

    Hotel di Langkawi pula dah penuh. Nak duduk mana ini?

    Dalam pada itu, Jofliam turut berkongsi video memaparkan anaknya, Han yang cuba menghubungi Cik Epal namun tidak berjawab.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah