30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengantin Wanita Miliki Ketinggian Luar Biasa Meninggal Dunia Selepas 8 Hari Kahwin

    Shopee Sale



    Selepas lapan hari melayari bahtera perkahwinan, seorang pempengaruh dikenali Nur Syahirah Saufi dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam, Khamis.

    Punca pemergian tidak diketahui

    Berita kematian arwah Syahirah atau lebih mesra disapa Scha dimaklumkan oleh adiknya, Wani di TikTok miliknya.

    Pun begitu, punca kematian arwah tidak dinyatakan oleh Wani.

    Assalamualaikum, saya wani adik kepada Scha nak beritahu Scha baru sahaja meninggal dunia pada 6/2/2025 malam Jumaat dalam pukul 11 lebih malam.

    Mohon sedekahkan Al-Fatihah, maafkan segala salah silap Scha kalau ada berhutang mohon beritahu dan halalkan.

    Difahamkan, arwah bersama pasangannya, Syahmi telah bernikah pada 30 Januari lalu di Dewan Royal Safwah, Kelantan.

    MENARIK:  Pastikan Berseri & Menawan di Hari Raya Aidilfitri dengan 4 Perkara Ini!

    Terdahulu, arwah menyorot perhatian ramai susulan memiliki ketinggian luar biasa sekitar 186 sentimeter (cm) manakala suaminya, 195 cm.

    Tinjauan OhBulan di laman media sosial mendapati kebanyakan video yang dikongsi arwah telah mendapat tontonan melebihi 1 juta.

    Komen netizen

    Pemergian pempengaruh tersebut mengejutkan netizen terutamanya rakan-rakan yang terdekat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah