28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penganjur Konsert RadjaWali Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Lokasi Enggan Berkompromi – ‘Keutamaan Adalah Peminat, Bukan Wang’ 

    Shopee Sale

    Susulan isu Konsert Pentas RadjaWali yang terpaksa diberhentikan semalam, penganjur iaitu Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) tampil memberikan penjelasan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecoh! Konsert Pentas RadjaWali Terpaksa Dihentikan, Peminat Kecewa Tak Dapat Dengar Lagu Hits Wali Band

    Artikel Berkaitan: Dua Legenda Satu Pentas! Radja & Wali Gegar Kuala Lumpur Awal Tahun Depan

    Hormati waktu solat

    Menurut kenyataan media yang diterima, wakil penganjur memaklumkan konsert bermula lewat bagi menghormati waktu solat Isyak, memandangkan lokasi acara berhampiran masjid dan kawasan kediaman.

    Kami tidak mahu memulakan konsert ketika azan sedang berkumandang atau ketika jemaah sedang bersolat. Waktu Isyak masuk sekitar jam 8:30 malam dan selesai solat kira-kira 8:40 malam.

    Atas sebab itu, kami mengambil keputusan memulakan acara pada jam 8:50 malam. Ia bukan kelewatan yang disengajakan, tetapi satu bentuk penghormatan kepada sensitiviti agama dan masyarakat setempat.

    Persembahan terakhir 

    Mengulas lanjut mengenai insiden sistem bunyi (sound system) yang dimatikan secara tiba-tiba, wakil tersebut memaklumkan bahawa pihaknya sudah berusaha untuk berunding dengan pihak pemilik premis, Idea Live Arena dan wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi memberi peluang kepada Wali Band untuk menyampaikan lagu terakhir.

    Kami mengakui permit hiburan indoor sah sehingga jam 1 pagi, manakala permit venue hanya sah sehingga jam 12:00 tengah malam, tetapi persembahan boleh dilanjutkan atas persepakatan bersama. 

    Jadi, kami telah memohon kelonggaran masa sehingga 12:30 tengah malam bagi membolehkan Wali Band menamatkan persembahan dengan sempurna.

    Malah kami sedia menanggung segala risiko dan memberitahu pihak venue bahawa kami sanggup kehilangan deposit RM20,000 atau didenda, asalkan peminat berpuas hati dan konsert dapat ditamatkan dengan baik. Keutamaan kami adalah kepuasan peminat, bukan wang ringgit. 

    Bagaimanapun pihak pengurusan Idea Live Arena enggan bertolak ansur dan meminta surat kebenaran bertulis beserta cop rasmi MBPJ pada waktu kejadian. 

    Ia satu permintaan yang mustahil dipenuhi pada tengah malam begini. Namun kami terus berbincang untuk memberi peluang kepada Wali Band menyampaikan lagu terakhir sebelum menutup pentas.

    Menurut wakil tersebut, mereka berjaya mencapai satu persetujuan lisan bersama wakil lokasi berkenaan pada jam 11:55 malam bagi membenarkan kumpulan berasal dari Indonesia tersebut mendendangkan lagu terakhir mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Marissa Dania Muat Naik Video, Kapsyen Di TikTok Raih Perhatian – ‘Jika Kamu Tidak Diperjuangkan…’

    Dalam kesempatan yang sama, pihak penganjur juga memohon maaf kepada para peminat di atas isu yang berlaku.

    Kami sudah mendapat persetujuan wakil venue untuk satu lagu terakhir. Saya sendiri naik ke pentas untuk memaklumkan kepada vokalis Wali Band agar mengumumkan lagu seterusnya adalah lagu terakhir dan membuat penutup.

    Malangnya, sebaik sahaja lagu yang sedang dimainkan tamat, pihak venue terus mematikan sistem bunyi (PA system) tanpa membenarkan artis membuat pengumuman atau mengucapkan selamat tinggal kepada penonton. 

    Tindakan inilah yang menyebabkan kekeliruan dan kemarahan peminat. Kami memohon maaf kepada semua peminat yang hadir atas insiden yang tidak diingini itu. 

    Namun kami telah melakukan segala usaha termampu untuk menyelamatkan keadaan, tetapi tersekat akibat ketegasan pihak venue yang enggan berkompromi.

    Terdahulu, harapan peminat untuk menyaksikan keseluruhan persembahan Wali Band terbantut apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa Konsert Pentas RadjaWali terpaksa dihentikan serta merta.

    Berdasarkan senarai lagu yang diperolehi media, Wali Band sepatutnya menyampaikan beberapa lagi lagu popular mereka. Antaranya Yank, Cari Jodoh dan Tobat Maksiat.

    The post Penganjur Konsert RadjaWali Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Lokasi Enggan Berkompromi – ‘Keutamaan Adalah Peminat, Bukan Wang’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah