25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pengalaman Indah Kerana Berangkat Sendiri Ke Makkah’ – Haji Afgan

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan meluahkan rasa syukur apabila selesai mengerjakan ibadah haji.

    Artikel Berkaitan: Afgan Gementar Buat Konsert Solo Terbesar Di Pulau Pinang, Tak Sabar Nak Makan Nasi Kandar

    Artikel Berkaitan: FOTO: Afgan Terharu Peminat Setia Selama 17 Tahun, Konsert ADA Jadi Kenangan ‘Mahal’ Lyodra

    Haji Afgan

    Menerusi hantaran di Instagram, Afgan atau Afgansyah Reza, 35, berkata, dia tidak menyangka apabila diberi peluang pada tahun ini untuk menjadi tetamu Allah bagi melaksanakan rukun Islam kelima itu.

    Alhamdulillah, sudah selesaikan sempurnakan haji pertama saya. Ini sebuah pengalaman yang sangat indah buat saya kerana berangkat sendiri ke Makkah.

    Ketika saya berniat, terus saya berangkat ke Tanah Suci dengan berbekalkakan tekad. Semua proses dipermudahkan oleh Allah.

    Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Padamu Ku Bersujud itu turut berkongsi sepotong video sepanjang berada di Makkah.

    MENARIK:  ‘Pergi Bertanding Tak Dapat Duit Atau Elaun Dari Syarikat Rakaman’ – Ziana Zain

    Dalam pada itu, Afgan berkata, dia tidak akan melupakan kenangan yang cukup indah sepanjang berada di sana.

    Bersyukur sangat menjadi salah seorang tetamu Allah pada tahun ini. Ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup dan saya bersyukur.

    Ibadah haji adalah peringatan di mana anda tidak pernah keseorangan selagi Allah bersama anda. Terima kasih atas doa kalian.

    Sekadar info, Afgan berangkat ke Makkah selepas beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Pengalaman Indah Kerana Berangkat Sendiri Ke Makkah’ – Haji Afgan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah