Penyanyi terkenal, Ziana Zain, berkongsi realiti pahit dunia seni dengan menegaskan bahawa kerjaya sebagai artis tidak selalunya indah, sebaliknya turut diselubungi pelbagai cabaran dan kesedihan.
Artikel Berkaitan: Ibu Ziana Zain Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ziana Zain Tak Ambil Pusing Komen Negatif – ‘Sebenarnya Mereka Yang Tak Gembira’
Segalanya berpunca dari hati
Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang di TikTok, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, berkongsi bahawa antara detik paling menyentuh perasaan bagi seorang artis adalah apabila terpaksa berjuang sendirian tanpa sokongan.
Kata Ziana, keadaan tersebut sering dirasai khususnya ketika menyertai pertandingan tanpa memperoleh bantuan kewangan atau elaun daripada syarikat rakaman, namun apabila kejayaan diraih, kehadiran serta sokongan mula hadir bertali arus.
Siapa kata, jadi artis ini tiada sedih? Sedih, bila tiada ‘support’.
Bila pergi bertanding, minta duit atau elaun tak dapat dari syarikat rakaman.
Tapi bila awak menang, tiba-tiba ada ramai yang datang pada kita.
Baginya, segala-galanya berpunca daripada hati, apabila seseorang itu memandang orang lain dengan keikhlasan dan niat yang bersih tanpa agenda tersembunyi, layanan yang diberikan pasti sama rata.
Segalanya bermula daripada hati.
Kalau awak pandang seseorang itu dengan hati yang ikhlas dan bersih, tak pandang dengan niat yang lain, awak akan layan semua orang dengan sama rata.
Tidak membalas semula

Pelantun lagu Madah Berhelah itu turut mengakui pernah merasai perubahan sikap segelintir pihak terhadap dirinya selepas mencapai kejayaan, namun memilih untuk tidak menyimpan dendam dan sebaliknya meletakkan perkara tersebut ke tepi.
Namun, dia berpegang pada prinsip untuk tidak membalas layanan buruk serta enggan menjadi seperti mereka yang pernah merendahkan orang lain.
Saya pernah dapat cara orang layan saya berubah bila saya dah berjaya.
Saya masih ingat bagaimana mereka layan saya, tapi saya letak hal itu ketepi.
Betul kata pepatah orang tua-tua “bila kita ada, orang akan pandang dan bila kita tiada apa-apa, orang tak akan pandang”.
Tetapi, saya tidak pernah membalas semula.
Saya tidak mahu jadi seperti mereka.
Sumber: TikTok Studio Sembang
The post ‘Pergi Bertanding Tak Dapat Duit Atau Elaun Dari Syarikat Rakaman’ – Ziana Zain first appeared on OHBULAN!.





