25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh Akie Jack Selit RM100, Individu Puji & Ucap Terima Kasih – ‘Dia Cakap Ini Niat Belanja Untuk Anak’

    Shopee Sale

    Pempengaruh Akie Jack meraih pujian apabila tindakannya membelanja sebuah keluarga di restoran yang terletak dalam sebuah pusat beli-belah.

    Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Disaran Tunjuk Contoh Yang Baik, Jangan Tampil Dengan Kandungan Berunsur Toksik

    MENARIK:  Tahun Baru, Azam Baru! Ini 4 Galaxy Watch Yang Boleh Bantu Korang Kekal ‘Fit’ Sepanjang 2026

    Artikel Berkaitan: Usahawan Tegas Pemilihan Cik Epal Sebagai Duta Tepat – ‘Saya Perlukan Influencer Bukan Host Live’

    Pempengaruh baik

    " data-video-id="7525499359312514311" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hafidzridzwan

    Terima kasih atas rezeki RM100 yang datang tiba tiba. Semoga urusan Abang dipermudahkan dan rezeki melimpah ruah.

    ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu mendedahkan kebaikan pempengaruh Akie Jack atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mohd Amin yang menyelitkan wang berjumlah RM100 kepadanya sekeluarga.

    Tadi jumpa seorang pempengaruh terkenal.

    Aku salam dan tegur dia. Lepas dia makan, tiba-tiba datang dekat meja aku sekeluarga dan selit RM100.

    Dia kata nak belanja kami makan tapi kami belum order, jadi, dia tak boleh nak bayarkan.

    Aku tolak tapi dia kata itu niat dia untuk anak.

    Dalam pada itu, individu terbabit mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan oleh Akie Jack.

    Pemurah & ramah

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman berjumpa dengan pempengaruh Akie Jack yang dikatakan pemurah dan ramah apabila bersua muka. Selain itu, warganet turut mendoakan agar rezeki Akie Jack sentiasa dimurahkan.

    Sumber: TikTok @hafidzridzwan

    The post Pempengaruh Akie Jack Selit RM100, Individu Puji & Ucap Terima Kasih – ‘Dia Cakap Ini Niat Belanja Untuk Anak’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah