Seorang individu meluahkan rasa buntu apabila dirinya memenangi sejumlah wang hasil daripada permainan nombor ekor.
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Jadi Kaya Raya Tapi Sekejap Je, Bala Menimpa’ – Kisah Pengajaran Pengalaman Menuntut Ilmu Nombor Ekor
Artikel Berkaitan: Duduk Sebumbung, Anak Buntu Nak Tegur Pakaian Ibu Mencolok Mata Depan Menantu – ‘Mak Pakai Singlet & Tak Pakai Bra’
Menang duit

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang pengguna memaklumkan dirinya memenangi RM500,000 dengan niat hanya untuk berseronok.
Tambahnya, jumlah wang tertinggi yang pernah diperoleh sepanjang terjerumus dalam permainan nombor ekor adalah RM200.
Aku baru menang jackpot nombor ekor RM500,000.
Aku main hanya untuk keseronokan saja.
Selalu menang RM200 paling tinggi.
Tak tahu la tuhan nak uji ke apa.
Buntu nak disalurkan kemana

Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, individu terbabit enggan menggunakan wang yang diperoleh kepada keluarganya memandangkan ianya merupakan hasil wang haram.
Ujarnya lanjut, dia memikirkan untuk bersedekah separuh daripada jumlah wang tersebut kepada golongan anak yatim.
Aku tak nak beri pada keluarga dan orang yang aku sayang sebab sumber haram.
Boleh ke kalau aku sedekah separuh pada pusat anak yatim?
Jadi haram ke? Pahala dapat tak?
Sumber: Aplikasi X @meinmokhtar
The post Pemenang RM500,000 Nombor Ekor Buntu Nak Salur Duit – ‘Sedekah Kepada Anak Yatim Dapat Pahala Tak?’ first appeared on OHBULAN!.





