30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembedahan 36 Jam Selepas Kemaluan Patah Semasa Tidur, Lelaki Menunjukkan Ketahanan Sakit

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Seorang lelaki Tunisia terpaksa berdepan dengan detik hitam apabila kemaluannya patah ketika sedang lena dibuai mimpi.

    Tahan sakit 36 jam

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 27 tahun itu juga perlu menahan sakit selama 36 jam sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Ibn El Jazzar yang terletak di Kairouan, Tunisia.

    Menurut laporan perubatan yang dikongsikan pihak hospital, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa berguling sewaktu kemaluannya berada dalam keadaan ereksi sewaktu tidur.

    Mangsa kemudiannya terdengar bunyi seperti patah sebelum merasai kesakitan pada bahagian kemaluannya.

    Mangsa kini dilaporkan tidak boleh membuang air kecil selama empat hari selepas menjalani pembedahan.

    MENARIK:  Sentuhan Magis Weddings By Emma, Buatkan Impian Perkahwinan Jadi Realiti!

    Sementara itu, doktor tampil menjelaskan bahawa kemaluan seseorang itu boleh patah meskipun tidak mempunyai struktur tulang.

    Tambah doktor, mangsa akan terdengar bunyi retakan sebelum kemaluan membengkak dan berubah menjadi warna ungu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah