30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelanggan Restoran Beli Puluhan Ketul Ayam Goreng Untuk Kucing Jalanan Setiap Hari Raih Pujian – ‘Hebatnya Orang Pemurah’

    Shopee Sale



    Tindakan seorang lelaki membeli makanan setiap hari untuk kucing jalanan telah menyorot perhatian ramai.

    Kongsi rezeki

    Menerusi perkongsian oleh seorang pengusaha restoran, Azrul Shah Mohd Isa di Facebook, lelaki berkenaan membeli ayam goreng setiap hari di premisnya.

    Pelanggan ini beli 20 ke 30 ketul ayam goreng setiap hari.

    Mula-mula dulu saya hairan juga kenapa dia tidak masukkan ayam dalam plastik bungkusan lauk, tapi dimasukkan terus ke dalam plastik beg.

    Menurut Azrul, pelanggannya itu sanggup berbelanja untuk memberi makan kepada kucing di sekitar kawasan tersebut.

    Rupa-rupanya ayam goreng itu untuk kucing-kucing jalanan yang ada di sekitar TTDI (Taman Tun Dr Ismail) dan Sungai Penchala.

    Semoga Allah permudahkan dan perbanyakkan rezeki untuk orang-orang pemurah seperti pelanggan ini.

    Komen netizen

    Gambar sekadar hiasan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang insan yang berhati mulia.

    MENARIK:  Kuiz: Kenali Jenis Power Korang Dalam Pemilihan Makanan! Jawab Kuiz Ini untuk Mengetahuinya!

    Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar lelaki berkenaan sentiasa dimurahkan rezeki.

    MasyaAllah, hebatnya orang pemurah ni. Semoga berpanjangan saham akhirat dia nanti.

    Another level punya kebaikan, semoga di bawah payung rahmat Allah selalu.

    Semoga tuan yang beli ayam goreng ni dalam lindunggan Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

    Besar modal dia beli ayam untuk kucing. Maka besar la pahalanya asbab bersedekah untuk saham akhirat nanti. InsyaAllah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah