26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Dakwa Dil*wat Darah Daging Sendiri Sejak Kecil – ‘Dia Paksa Aku Lakukan Perkara Jijik’

    Shopee Sale

    Aktor Alqal Sahar tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah menjadi mangsa liwat ketika di zaman kanak-kanak.

    Jadi mangsa liwat

    Menerusi hantaran di Threads, Alqal mendakwa berlaku ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan. 

    Lebih mengejutkan apabila aktor ini mendakwa perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh individu yang mempunyai pertalian darah dengan dirinya sendiri.

    Aku diliwat oleh darah daging sendiri berkali kali. Terlihat indah diriku diwaktu kecil dengan berlakon sana sini, hakikatnya dendan aku masih terpahat di fikiran.

    Menceritakan kembali kejadian itu, Alqal berkata pada awalnya dia telah berhijrah ke rumah ibu saudaranya di Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak.

    Namun siapa sangka, di rumah tersebut dia telah menjadi pemuas nafsu dan dipaksa melakukan perkara yang tidak senonoh oleh pelaku.

    Aku bertahan untuk cari duit, sampai umur 17 tahun, aku lari keluar dari rumah tu.

    Tak sangup zaman kanak-kanak aku diliwat, dipaksa binatang jantan tu.

    Ujar Alqal, dia baru sahaja mendapat tahu bahawa adik kandungnya juga pernah menjadi mangsa oleh individu yang sama.

    MENARIK:  Penolakan Uyaina Arshad Terhadap Tawaran Mengacara di Indonesia dan Keberatannya Terhadap Prosedur Dokumentasi Bersalin Awal

    Sementara itu, Alqal berkata tujuannya membuat pendedahan ini adalah untuk membuka mata orang ramai tentang ‘sisi gelap’ yang dihadapi segelintir pelakon kanak-kanak yang terpaksa berhadapan dengan manusia bertopengkan binatang.

    Dia juga berharap agar pelakon kanak-kanak pada zaman kini tidak melalui penderitaan yang sama. 

    Sumber: Threads Alqal Sahar

    The post Pelakon Dakwa Dil*wat Darah Daging Sendiri Sejak Kecil – ‘Dia Paksa Aku Lakukan Perkara Jijik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah