Aktor berpengalaman, Fauzi Nawawi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap tidak profesional seorang pelakon baharu yang datang lewat ke set penggambaran tanpa sebarang permohonan maaf.
‘Dia tidak datang minta maaf’

Ketika ditemui , Fauzi atau nama lengkapnya Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, 52, berkata, tujuannya menegur bukannya mahu menjatuhkan sesiapa sebaliknya tegurannya dibuat atas dasar ingin memberi kesedaran kepada individu tersebut.
Pelakon itu sedar apa yang saya katakan, tapi dia tidak datang minta maaf.
Tujuan saya bercakap itu supaya pelakon tersebut sedar dan berubah.
Sebelum ini pun saya memang ada pengalaman berdepan dengan masalah pelakon datang lambat tetapi ianya tidaklah seteruk seperti yang saya hadapi baru-baru ini.
Fauzi berkata demikian ketika ditemui di Majlis pelancaran produk kaca mata Neon kolaborasi Xroov & RXZ Members di Mines Beach Resort pada Jumaat.
Fauzi Nawawi nasihat pelakon baharu

Dalam pada itu, Fauzi turut menasihati para pelakon baharu agar menghormati pelakon berpengalaman serta menghargai tenaga kerja di belakang tabir.
Mereka (pelakon baharu) dibayar mahal tapi mengapa tak boleh nak beri komitmen yang sebaiknya.
Kalau setakat disidai (menunggu) satu atau dua jam tak apa lagi, ini sudah sampai tiga jam tanpa ada perkataan maaf.
Bagi saya perkara ini tidak patut berlaku dan berharap tidak berulang pada masa akan datang.
Fauzi berharap tegurannya dapat membuka mata dan mengubah sikap sesetengah pelakon baharu yang kurang menghormati masa dan profesionalisme dalam bidang lakonan.
Sekarang ni saya masih belum dapat cara yang baik untuk menyedarkan para pelakon baharu supaya mereka menghargai pelakon-pelakon lama, menghargai masa dan menghormati seluruh krew produksi bekerja.
Kepada pelakon baharu yang lain, sila ambil iktibar dengan apa yang berlaku ini. Kita bekerja dalam satu kumpulan.
Kena ingat, seseorang pelakon tak akan mampu menguasai seluruh kualiti filem tetapi ia memerlukan kerjasama dari seluruh kumpulan (produksi).
Seorang punya keburukan, boleh menjadi kepincangan seluruh produksi.
The post ‘Pelakon Baharu Dibayar Mahal Tapi Tak Komited’ – Fauzi Nawawi first appeared on OHBULAN!.





