31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parisa Ardina Kongsi Detik Awal Kenal Sam Lim – ‘November 2025 Kenal, April 2026 Kahwin’

    Shopee Sale

    Pelakon baharu dan model, Parisa Ardina berkongsi detik awal perkenalan bersama suaminya, Sam Lim.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim Sah Bergelar Suami Parisa Ardina – ‘Kami Bukan Marketing’

    Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Kongsi Detik Awal Pengenalan, Dedah Arwah Ibu Jadi Pendorong Utama – ‘Fiona Tahu Nak Uruskan Saya’

    Detik perkenalan

    Menerusi perkongsian di TikTok, Parisa memaklumkan bahawa dia menerima jemputan daripada pempengaruh berusia 33 tahun itu untuk menonton pelancaran MotoGP.

    Daripada situ, mereka mula saling mengenali hati budi sebelum Sam Lim dikatakan melamarnya sebagai kekasih pada November lalu.

    Sam Lim jemput saya dan anak buah tengok MotoGP pada 26 Oktober 2025.

    Pada 21 November 2025, dia melamar saya menjadi kekasih.

    Tidak terhenti di situ, Sam Lim terus membuktikan keseriusannya untuk menghalalkan hubungan istimewa tersebut apabila membuat keputusan bertemu ibu bapa Parisa bagi mendapatkan restu.

    14 Februari adalah tarikh saya setuju untuk hidup bersama.

    Sam Lim datang berjumpa ibu bapa saya untuk mendapatkan restu pada 19 Februari.

    Alhamdulillah pada 10 April kahwin.

    Imbas kembali, pempengaruh media sosial Sam Lim selamat bergelar suami kepada pelakon baharu dan model, Parisa Ardina yang berlangsung di sebuah masjid pada Jumaat.

    MENARIK:  Zara Zya Menasihati Memelihara Batasan – 'Elakkan Terlalu Memberi Peluang Percintaan dengan Niat Hanya Sebagai Kawan'

    Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran para keluarga dan rakan terdekat.

    Sumber: TikTok @ParisaArdina

    The post Parisa Ardina Kongsi Detik Awal Kenal Sam Lim – ‘November 2025 Kenal, April 2026 Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah