Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique tidak meyangka drama lakonannya iaitu Aku Bukan Ustazah musim pertama dan kedua ‘meledak’ serta mendapat sambutan hangat di Indonesia.
Artikel Berkaitan: Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Sejarah! Tembusi Carta Top 10 Google Trends Rancangan TV 2024
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Fenomena, Keluarga India Turut Terjebak Menonton – ‘Tidak Kira Apa Bangsa Ya’
Watak Adam

MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 29, berkata, dia menerima banyak respon positif dan mengakui peminat dari negara seberang mula bertambah.
Musim pertama mendapat sambutan di Indonesia dan sebelum musim kedua ditayangkan pun, kami barisan pelakon sudah menerima mesej daripada peminat Indonesia, mereka kata tidak sabar.
Tidak dinafikan juga, peminat saya dari negara seberang mula bertambah dan mula mengikuti saya di media sosial. ‘DM’ saya terima pun sangat banyak.
MK berkata demikian ketika ditemui di majlis bertemu peminat bersama barisan pelakon drama Aku Bukan Ustazah 2 yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai fenomena drama tersebut di Indonesia, MK memberitahu masyarakat di sana lebih mengenali dirinya sebagai aktor berbanding penyanyi.
Kebanyakkan orang Indonesia kenal saya sebagai Adam iaitu watak dalam Aku Bukan Ustazah. Tapi alhamdulillah, seiring dengan itu, mereka mula tahu yang saya ini penyanyi.
Tetapi tidak dinafikan, mereka ingat saya bermula sebagai pelakon dan bukan penyanyi. Orang Indonesia kenal saya sebagai Adam berbanding MK.
Aku Bukan Ustazah 2 sudah ditayangkan bermula 10 Mei lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3.
Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
The post ‘Orang Indonesia Kenal Saya Sebagai Adam Berbanding MK’ first appeared on OHBULAN!.





