27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Obses Kumpul Duit Lama Tapi Takut Riba? Ini Penjelasannya

    Shopee Sale

    Dalam dunia pengumpulan barangan unik, trend membeli duit lama atau wang berciri istimewa semakin mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat numismatik.

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Panduan Niat Puasa Enam Syawal & Qada – ‘Rebutlah Ganjaran Besar’

    Artikel Berkaitan: 10 Tabiat Harian Yang Boleh Menjadi Punca Penyakit Kanser Tanpa Kita Sedari

    Nilai yang sama adalah tidak haram

    Antara yang popular termasuklah wang lama serta wang dengan nombor siri unik yang kadangkala dikeluarkan oleh pihak bank. Namun begitu, timbul persoalan mengenai hukum membeli wang sebegini menurut perspektif Islam.

    Ini kerana secara asasnya, pertukaran mata wang daripada jenis yang sama dengan nilai berbeza adalah dilarang, seperti menukar RM1 dengan RM10.

    Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, hukum asal pertukaran wang sesama jenis dengan nilai yang tidak sama adalah haram.

    Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian dalam keadaan tertentu seperti pembelian wang yang mempunyai ciri istimewa atau wang lama yang tidak lagi digunakan dalam transaksi harian.

    Hal ini demikian kerana tujuan pembelian tersebut tidak lagi tertumpu kepada fungsi sebagai mata wang, sebaliknya lebih kepada nilai keunikan yang terkandung padanya.

    Dalam hal ini, para fuqaha ada menyatakan bahawa tujuan utama adalah pada zat item tersebut, bukan pada aspek mata wangnya. Oleh itu, aspek mata wang hanyalah bersifat sampingan (tabi’) atau sekunder.

    Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matawangnya, justeru aspek matawang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’.

    Berdasarkan prinsip tersebut, wang yang mempunyai ciri unik ini dianggap sebagai barangan atau komoditi, bukan semata-mata mata wang.

    MENARIK:  Diana Danielle ‘Diganggu’ Rakan Bapa Tiri – ‘Wajah Manis, Tapi Simpan Niat Jahat’

    Oleh itu, pembeliannya tidak termasuk dalam kategori riba kerana yang dinilai adalah keunikan, bukan nilai mata wang itu sendiri.

    Tidak dianggap riba

    Selain itu, terdapat juga anggapan bahawa wang yang dibeli akan dijadikan sebagai barangan koleksi atau antik dan tidak lagi digunakan dalam urusan harian.

    Dalam fiqh Mazhab Maliki, terdapat situasi yang hampir sama apabila pertukaran emas dilakukan bukan berdasarkan timbangan yang sama, sebaliknya atas dasar toleransi dan kebaikan antara pihak yang terlibat.

    Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan.

    Sehubungan itu, pembelian wang koleksi walaupun dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai asalnya tidak dianggap sebagai riba. Malah, ia lebih jelas keharusannya jika transaksi dilakukan menggunakan mata wang yang berbeza kerana pertukaran antara dua mata wang berlainan adalah dibenarkan walaupun nilainya tidak sama.

    Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik ingin menggunakan semula wang tersebut sebagai alat pembayaran, ia perlu dijual terlebih dahulu sebagai komoditi dan tidak digunakan terus sebagai mata wang.

    Hal ini bagi mengelakkan sebarang unsur syubhah, memandangkan statusnya sebelum itu telah berubah menjadi barangan koleksi.

    Prinsip yang sama turut terpakai dalam urus niaga wang lama yang sudah tidak lagi berada dalam edaran.

    Ia boleh dijual pada sebarang harga yang dipersetujui kerana nilainya ketika itu lebih tertumpu kepada aspek sejarah dan keunikan, bukan lagi fungsinya sebagai mata wang.

    Sumber: TZKRH

    The post Obses Kumpul Duit Lama Tapi Takut Riba? Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah